Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan pertama jemaah haji M'sia berlepas ke Tanah Suci

May 22, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya 284 jemaah haji dari Kedah dan Kelantan menjadi kumpulan pertama Malaysia berlepas ke Tanah Suci Makkah pada awal pagi Ahad dengan penerbangan Malaysia Airlines melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.



Penerbangan Malaysia Airlines MH8056 dari KLIA ke Madinah itu berlepas pada 2.05 pagi dan tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz pada 5.50 pagi waktu setempat.



Kumpulan itu transit di KLIA menaiki pesawat masing-masing di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 9 malam, Sabtu.



Kumpulan pertama yang dirujuk sebagai KT01 itu adalah kumpulan daripada 98 penerbangan sewa khas digunakan bagi membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 bagi 2022.



Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei manakala penerbangan pulang terakhir ialah pada 1 Ogos depan.



Serentak dengan itu, pihak Lembaga Tabung Haji (TH) sudah menutup semua permohonan rayuan bagi mengisi kuota 31,600 yang diperolehi oleh Malaysia pada tahun ini dan tumpuan kini diberikan kepada pengendalian jemaah di Tanah Suci untuk tempoh dua bulan akan datang.



Pengarah Eksekutif Haji TH yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata 31,600 kuota jemaah yang diperuntukkan bagi musim haji kali ini telah penuh sekali gus rayuan haji yang dibuka sebelum ini ditutup sepenuhnya.



"Sedia maklum, sekarang (malam Sabtu) dah bermula penerbangan pertama, maka sudah penuh kuota 31,600 jemaah dan tidak ada lagi rayuan yang akan kita pertimbangkan.



"Seperti tahun sebelumnya, hampir 100,000 (permohonan) telah merayu untuk menunaikan haji di samping mereka yang telah ada giliran untuk menunaikan ibadat itu.



"Apabila ada kekosongan, kita akan isi dengan rayuan yang kami terima. Sekiranya ada kekosongan pada saat akhir sekalipun, jumlahnya amat kecil.



"Situasi itu berlaku berikutan ada jemaah yang membatalkan atau menunda pemergian mereka pada saat akhir kerana alasan peribadi, antaranya disebabkan urusan keluarga, kesihatan dan sebagainya," katanya kepada media pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia bagi Penerbangan Pertama, di KLIA pada awal pagi Ahad.



Majlis pelepasan itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai TH, Syed Hamadah Syed Othman.



Syed Hamadah pula berkata, operasi haji tahun ini sudah kembali seperti sebelum wabak Covid-19 melanda seluruh dunia.



"Insya-Allah, TH telah bersedia menyantuni kesemua jemaah haji negara dengan kerjasama petugas haji termasuk kakitangan dari agensi lain bagi memastikan perjalanan mereka lancar," katanya.



Syed Hamadah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi kerana masih meneruskan program Makkah Route yang memudahkan urusan pelepasan imigresen ketika di KLIA.



Pelaksanaan inisiatif itu akan memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu.



Hari wuquf tahun ini dijangka jatuh pada 9 Zulhijah, 27 Jun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >