Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan pertama tentera AS tiba di Poland di tengah krisis Ukraine

Feb 7, 2022 | 5:30 AM
685a3eb5-aa0c-4fc0-8a81-2c88cbc17f9b
-

RZESZOW, POLAND: Kumpulan pertama tentera Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan mengukuhkan kehadiran pihak perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Eropah Timur, berikutan ketegangan di sempadan Ukraine, telah tiba kelmarin di pangkalan tentera Rzeszow di daerah tenggara Poland.

Menurut sumber tentera Poland, sebuah pesawat kecil membawa kakitangan angkatan tentera AS tiba pada sebelah pagi di lapangan terbang Rzeszow-Jasionka.

Ini sedang persiapan diteruskan di pangkalan, yang terletak berdekatan sempadan Poland dengan Ukraine.

Rakaman televisyen menunjukkan tempat tinggal sementara sedang disiapakan di Arena G2A di bandar berdekatan Jasionka, sambil pekerja boleh dilihat membina pagar mengelilingi tempat tersebut.

"Seperti yang diumumkan, orang-orang pertama dalam kumpulan pertempuran briged dari Divisyen Udara yang ke-82 di bawah Angkatan Tentera Amerika Syarikat telah tiba di Poland," kata jurucakap tentera Poland.

Rabu lalu, Presiden AS, Encik Joe Biden mengarahkan hampir 3,000 askar tambahan untuk ke Poland dan Romania untuk melindungi Eropah Timur daripada kesan yang boleh merebak daripada krisis di Ukraine.

Kira-kira 1,700 anggota tentera, sebahagian besarnya merupakan askar payung terjun dari Divisyen Udara yang ke-82, akan dikerahkan dari Fort Bragg, North Carolina ke Poland "dalam hari-hari akan datang," menurut sumber dari Angkatan Tentera Amerika Syarikat.

Menurut Pentagon, skuadron dari briged Stryker yang terdiri daripada kira-kira 1,000 anggota tentera AS yang berpangkalan di bandar Jerman, Vilseck, akan dihantar ke Romania.

Askar tambahan pertama dari AS tiba di Jerman Jumaat lalu.

Russia telah menafikan rancangan untuk menyerang Ukraine tetapi telah mengerahkan lebih daripada 100,000 askar berdekatan sempadan Ukraine.

Ia berkata ia boleh melaksanakan langkah tentera yang tidak ditentukan jika permintaannya tidak dipenuhi. Ini termasuk janji Nato untuk tidak membenarkan kemasukan Kyiv ke dalam pertubuhan itu.

Rancangan baru itu melepasi 8,500 askar yang telah diletakkan dalam kewaspadaan yang tinggi oleh Pentagon bulan lalu untuk dikerahkan ke Eropah jika perlu.

Menteri pertahanan NATO dijangka akan berbincang mengenai tenaga bantuan lanjut di pertemuan mereka akan datang dari 16 hingga 17 Februari. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg