SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kumpulan serata dunia terlibat dalam kes seludup, kematian 39 orang dalam trak di UK

Kumpulan serata dunia terlibat dalam kes seludup, kematian 39 orang dalam trak di UK

Oct 29, 2019 | 11:59 AM

Kumpulan serata dunia terlibat dalam kes seludup, kematian 39 orang dalam trak di UK

Maurice Robinson dihadapkan dengan 43 dakwaan, termasuk 39 tuduhan membunuh. - Foto REUTERS
Maurice Robinson dihadapkan dengan 43 dakwaan, termasuk 39 tuduhan membunuh. - Foto REUTERS -

CHELMSFORD - Mahkamah memberitahu semalam (28 Oktober) bahawa kumpulan serata dunia terlabat dalam menyeludup 39 orang di mana mayat mereka dijumpai di dalam trak berdekatan London.

Pemandu didakwa membunuh dan mendagang manusia.

Penemuan mayat di dalam trak berpeti sejuk minggu lalu di estet perindustrian berdekatan London mendedahkan perdagangan tersembunyi, yang menghantar orang susah dari Asia, Afrika dan Timur Tengah ke dunia Barat.

Pemandu trak, Maurice Robinson, tiba di Mahkamah Majistret Chelmsford menerusi video.

Secara keseluruhan, Robinson dikenakan 43 dakwaan - 39 kesalahan membunuh, tuduhan konspirasi untuk mendagang manusia, konspirasi untuk membantu imigresen haram, dan pengubahan wang haram.

"Ini melibatkan kumpulan serata dunia yang mengendalikan peralihan pendatang yang banyak ke UK," kata peguam pendakwaan, Ogheneruona Mercy Iguyovwe.

Robinson tidak meminta ikat jamin. Dia akan ditahan sehingga 25 November sehingga kes ini dibicarakan lagi. - REUTERS

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg