Topic followed successfully
Go to BHkuKunjungi tempat sejarah, hayati kisah Nabi
Kunjungi tempat sejarah, hayati kisah Nabi
Kunjungi tempat sejarah, hayati kisah Nabi

MAKKAH: Jemaah haji tidak melepaskan peluang menziarahi tempat bersejarah di sekitar kota Makkah, termasuk mendaki Bukit Nur (atas) yang di atasnya terdapat Gua Hira', tempat Nabi Muhammad saw menerima wahyu pertama.
Gua Hira, yang terletak lebih tiga kilometer dari Masjidil Haram di Makkah, menjadi tumpuan jemaah untuk melihat sendiri tempat Rasulullah saw mula menerima wahyu pada tahun 603 Masihi.
"Ini adalah satu kegembiraan murni. Saya hampir tidak percaya saya berada di sini. Saya menikmati setiap saat,'' kata seorang jemaah haji dari Sudan, Abdel Qader Kheder, kepada agensi berita AFP.
Ibadah haji secara rasmi bermula hari ini, namun kelmarin jemaah sudah mula melakukan ibadah lain, seperti tawaf mengelilingi Kaabah.
Mereka juga menziarahi tempat bersejarah lain, seperti makam Saidatina Khadijah ra, isteri pertama Nabi Muhammad saw.
Ada juga yang ke Bukit Thur, yang terletak kira kira 12 kilometer ke selatan Makkah yang menjadi sejarah sebagai tempat Rasullullah saw bersama sahabat baginda, Saidina Abu Bakar ra, bersembunyi daripada ancaman kaum Quraisy yang mengejar mereka semasa kededuanya mula berhijrah ke Madinah. - Agensi berita.

