Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Kurikulum peradaban Islam pengajian tinggi akan dikaji semula: Anwar

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti cadangan supaya kurikulum peradaban Islam di pengajian tinggi dikaji semula, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Langkah itu akan mengambil kira cadangan ilmuan dan pemikir Islam yang bimbang mengenai salah faham agama yang dibangkitkan pelbagai pihak, termasuk ahli politik, ujar beliau.



Menurut Datuk Anwar, perincian kajian yang dicadangkan itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.



"Cadangan daripada sarjana utama itu mahukan kurikulum mata pelajaran peradaban Islam dilihat dan dikaji semula supaya betul-betul memberi kefahaman lebih mendalam tentang mesej Islam.



"Sudah tentunya ini ada kaitan soal nilai, akhlak, kemanusiaan yang universal, maka saya rasakan perlu diberi perhatian," katanya kepada media selepas melancarkan buku himpunan esei Knowledge, Tradition and Civization: Essay in Honour of Professor Osman Bakar (Ilmu, Tradisi dan Tamadun: Esei sebagai Penghormatan bagi Profesor Osman Bakar) di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC).



Datuk Anwar berkata kaji semula itu penting bagi menjawab salah faham mengenai Islam yang ditafsirkan secara salah oleh banyak pihak.



Ia juga bertujuan meningkatkan pemahaman terhadap Islam, yang kadang-kadang ditafsirkan tanpa merujuk kepada sumber rujukan sebenar, seperti Al-Quran, hadis, dan pandangan ulama.



"Sekarang semua mahu mengulas dan seolah-olah pakar, menyatakan pandangan tanpa merujuk hadis, Al-Quran, ulasan, buku dan pandangan pemikir Islam.



"Ini semua orang nak buat tazkirah, buat fatwa masing-masing. Bila kita tegur, dia kata kita antiulama, ini tak benar. Ada mendakwa mereka guru agama, sama ada panggil ulama atau tidak itu saya tidak tahu, tapi membuat kenyataan salah, itu mesti ditegur," katanya.



Beliau juga menyatakan kebimbangannya ada tokoh dan pemimpin parti politik turut sama membuat kenyataan mengelirukan.



"(Tidak semestinya) dia ulama maka kenyataannya semua benar. Islam tidak pernah mengajar kita begitu. Itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman lebih mendalam berdasarkan Al-Quran, sunah dan hadis serta pandangan ulama muktabar.



"Kupasan itu mesti dihujah dan jika perlu dibuat teguran untuk pembetulan. Ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran secara kritis," katanya.



Beliau juga berkata perlu ada perbincangan berterusan antara agama berbeza untuk memastikan keharmonian antara bangsa dan agama dalam negara.



"Mengusahakan dialog bertamadun adalah keperluan bagi kelangsungan hidup sebuah negara berbilang agama dan berbilang bangsa.



"Kita juga harus berhati-hati dengan matlamat paksaan di universiti terkemuka di Malaysia, kerana perlu ada kedua-duanya, jiwa dan kecemerlangan. Tidak cukup ada jiwa tetapi tiada kecemerlangan atau ada kecemerlangan tapi tiada jiwa.



"Perwatakan dan etika, kedua-duanya penting dalam pendidikan," kata Datuk Anwar. - Berita Harian Malaysia, The Star.




"(Tidak semestinya) dia ulama maka kenyataannya semua benar. Islam tidak pernah mengajar kita begitu. Itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman lebih mendalam berdasarkan Al-Quran, sunah dan hadis serta pandangan ulama muktabar. Kupasan itu mesti dihujah dan jika perlu dibuat teguran untuk pembetulan. Ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran secara kritis."



- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >