Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kyiv tambah eksport tenaga ke EU

Jul 29, 2022 | 5:30 AM
5ee34f91-9123-41c4-974e-8358ae72f6d6
-

KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky (atas), menyatakan kelmarin bahawa negaranya akan meningkatkan eksport elektrik ke Kesatuan Eropah (EU) sedang rantau itu berdepan krisis bekalan tenaga yang disebabkan oleh konflik yang berlaku dengan Russia.

"Kami sedang mempersiap untuk meningkatkan eskport bekalan tenaga bagi pelanggan di Kesatuan Eropah," kata Encik Zelensky dalam amanat harian kepada negaranya.

"Eksport ini membolehkan kami meningkatkan pendapatan dalam mata wang asing sahaja, malah membantu rakan-rakan kami dalam menolak tekanan tenaga Russia," katanya selepas Moscow mengurangkan bekalan gas secara besar-besaran ke Eropah.

Pada April lalu, EU memberi amaran kepada Russia supaya jangan mengugut kerana sokongan pertubuhan itu kepada Kyiv, selepas Kremlin memotong bekalan gas ke Bulgaria dan Poland.

Amaran itu dibuat ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, tiba di Kyiv bagi bertemu Encik Zelensky selepas perbincangan dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, di Moscow untuk meluaskan sokongan kemanusiaan dan memastikan pemindahan orang awam.

Encik Putin sebelum ini memberi amaran jika tentera Barat campur tangan di Ukraine, tenteranya akan bertindak balas dengan segera, selepas memberitahu Encik Guterres beliau masih berharap rundingan dengan Kyiv akan membuahkan hasil. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg