Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lagi 2 penunjuk perasaan terkorban di Myanmar

Mar 15, 2021 | 05:30 AM



BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh ketika pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Myanmar semalam.



Menurut saksi dan media tempatan, seorang pemuda ditembak di bandar Bago, dekat Yangon manakala gerai Kachin Wave mengatakan seorang penunjuk perasaan lain terbunuh di bandar Hpakant, di kawasan perlombongan di timur laut.



Kelmarin pula menyaksikan 10 orang terbunuh di Myanmar akibat tindakan pihak keselamatan terhadap penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa di negara itu.



Difahamkan, ia menjadi insiden terburuk sejak rejim tentera berkuasa, bulan lalu.



Sementara itu, stesen penyiaran tempatan, MRTV melaporkan seramai 36 penunjuk perasaan ditahan polis di Mandalay.



Klinik Kecemasan Byamaso pula mendakwa, empat penunjuk perasaan terbunuh, 19 lagi cedera yang hampir separuh daripada mereka berada dalam kritikal di wad Sein Pan di bandar kedua terbesar di negara itu.



Saksi dan laporan media tempatan menyebut seramai tiga penunjuk perasaan terbunuh di Yangon semalam dengan dua maut di wilayah Bago dan seorang lagi ditembak mati di wilayah Magway.



Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, jumlah keseluruhan kematian direkodkan sebanyak 81 orang sehingga kelmarin.



Sebelum ini, jumlah kematian adalah 21 orang pada 3 Mac lalu manakala 12 lagi terbunuh pada 11 Mac lalu.



Junta tentera Myanmar meningkatkan tindakan terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, sehingga menyaksikan lebih 80 orang terbunuh.



Namun, ia tidak menghalang ratusan ribu penunjuk perasaan terus berkumpul di seluruh negara.



Penunjuk perasaan terus berdemonstrasi di jalanan sekitar Mandalay pada petang semalam, dengan puluhan ribu jurutera dan pelajar bidang itu melaungkan supaya pimpinan diktator ketenteraan ditamatkan.



Sementara itu, stesen televisyen MRTV turut menuduh Liga Nasional Demokrasi menghasut rakyat melakukan tunjuk perasaan selain menimbulkan huru hara.



Dalam pada itu, askar dan polis anti rusuhan membenarkan penjawat awam serta pekerja di sektor tertentu kembali bertugas bagi mengelak sektor perkhidmatan tertentu seperti perbankan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan terganggu.



Pihak junta juga meminta semua bank dibuka semula hari ini dan memberi amaran tindakan akan diambil jika gagal mematuhi arahan itu.



Jurucakap junta, Zaw Min Tun, menegaskan pada Khamis lalu tindakan secara minimum digunakan untuk menyuraikan tunjuk perasaan, walaupun saksi menyatakan peluru hidup masih digunakan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >