Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lagi 3 AP buat tuntutan mahkamah cabar Muhyiddin gantung Parlimen

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jumlah tuntutan yang dikemukakan di mahkamah ke atas perdana menteri kerana menggantung sidang Parlimen semasa pelaksanaan Perintah Darurat terus meningkat, lapor akhbar The Malay Mail semalam.



Tiga wakil rakyat dari Johor, Kedah dan Perak dari perikatan pembangkang, Pakatan Harapan (PH), telah bergandingan untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah bagi mencabar keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap sebagai melanggar perlembagaan.



Ia dilakukan sehari selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan persekutuan, dengan permohonan untuk memulakan semakan kehakiman yang mencabar nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung sidang Parlimen semasa keadaan darurat.



Tuntutan tiga pemimpin politik kali ini meliputi cakupan lebih luas.



Mereka juga mencabar langkah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin menggantung sidang Dewan Undangan Negeri semasa pelaksanaan perintah darurat, dan tidak hanya menyentuh sidang Parlimen.



Mereka juga mahu mahkamah memerintahkan perdana menteri dan kerajaan untuk membentangkan Pengisytiharan Darurat dan Undang-Undang Darurat atau ordinan di Parlimen untuk diteliti Ahli Parlimen (AP).



Tuntutan mahkamah ini difailkan kelmarin oleh AP Pulai dari Parti Amanah Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub; AP dan Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani dan Gurun, Datuk Johari Abdul; dan Adun Parti Tindakan Demokratik (DAP) Tebing Tinggi, Encik Abdul Aziz Bari.



Seperti Datuk Seri Anwar, mereka telah menamakan Tan Sri Muhyiddin, dalam kedudukannya sebagai perdana menteri dan kerajaan Malaysia, sebagai responden ke atas tuntutan mereka.



Selepas tuntutan dibuat untuk mendapatkan semakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ketiga-tiga mereka berkata kes tuntutan itu bertujuan meminta mahkamah meneliti peruntukan yang dibuat dalam sebuah undang-undang Darurat yang dibuat awal bulan ini.



Undang-undang yang dipersoalkan ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang membenarkan penggantungan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri semasa Darurat.



"Permohonan ini juga adalah untuk membolehkan mahkamah menyemak kuasa perdana menteri dan Kabinet serta menteri besar/ketua menteri dan eksko negeri yang dikatakan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap Parlimen/dewan undang negeri," kata mereka bertiga dalam satu kenyataan media semalam.



Tuntutan dikemukakan menerusi firma guaman Chooi & Company + Cheang & Ariff (CCA Law), dengan tiga pengubal undang-undang termasuk peguam Datuk Gurdial Singh Nijar dan Encik Razlan Hadri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >