Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi remaja berjaya dibawa keluar

Jul 10, 2018 | 5:30 AM
DIBERI RAWATAN: Kakitangan tentera dan polis di khemah kuarantin di kawasan gua Tham Luang kelihatan memberi bantuan selepas penyelam berjaya menyelamatkan beberapa remaja yang terperangkap semalam. - Foto AFP
DIBERI RAWATAN: Kakitangan tentera dan polis di khemah kuarantin di kawasan gua Tham Luang kelihatan memberi bantuan selepas penyelam berjaya menyelamatkan beberapa remaja yang terperangkap semalam. - Foto AFP -

CHIANG RAI: Pegawai penyelamat berjaya menyelamatkan beberapa lagi individu yang terperangkap dalam sebuah gua di Chiang Rai, Thailand, semalam.

Sehingga 8.30 malam tadi (waktu Singapura), akhbar The Straits Times melaporkan bahawa empat lagi budak lelaki berjaya dibawa keluar dari gua Tham Luang itu.

Mereka antara sekumpulan 13 orang - 12 budak lelaki berusia antara 11 dengan 16 tahun dan jurulatih mereka berusia 25 tahun - yang terperangkap dalam gua tersebut sejak lebih dua minggu lalu.

Empat budak lelaki yang lain telahpun berjaya dibawa keluar kelmarin sebelum operasi menyelamat dihentikan seketika bagi membolehkan pasukan penyelamat menggantikan tangki udara dan bekalan yang diperlukan.

Mereka yang terperangkap dalam gua itu adalah anggota pasukan bola sepak bernama 'Wild Boars'.

Difahamkan, mereka telah memasuki gua itu pada 23 Jun lalu.

Namun, mereka terperangkap di dalamnya apabila mereka cuba berlindung di kawasan lebih tinggi selepas hujan lebat menyebabkan paras air dalam gua itu naik secara tiba-tiba.

Dua penyelam dari Britain menemui mereka minggu lalu dan operasi untuk membawa mereka keluar bermula kelmarin.

Awal dari itu, seorang doktor dari Australia, Dr Richard Harris, telah menyelam masuk ke gua tersebut untuk menjalankan penilaian kesihatan ke atas mereka yang masih terperangkap sebelum usaha membawa beberapa mereka keluar dapat dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg