Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lagi tembakan di AS: Dua maut, seorang cedera di gereja Alabama

Jun 18, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dua orang maut sementara seorang cedera dalam satu kejadian tembak di sebuah gereja Alabama, Amerika Syarikat, menurut polis semalam.



Kejadian itu berlaku di Gereja St Stephen Episcopal di bandar Vestavia Hills dan suspek kini dalam tahanan, ujar jabatan polis bandar tersebut dalam satu pos Facebook.



Ia berlaku semasa sesi makan malam potluck di gereja itu, menurut laman Facebook Gereja St Stephen.



Kapten Polis, Encik Shane Ware, memberitahu media penyerang yang bertindak sendirian itu memasuki gereja dan mula menembak secara rambang.



Tiga orang terkena tembakan. Dua daripada mereka meninggal dunia manakala seorang lagi dirawat, katanya.



Amerika kini dalam babak keganasan paling teruk melibatkan senjata api.



Kes paling dahsyat dalam siri tembakan ini berlaku di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas, yang mengakibatkan 19 kanak-kanak dan dua guru maut bulan lalu.



Sejak awal tahun ini, lebih 20,000 orang terkorban akibat keganasan senjata api di Amerika, menurut badan bukan pemerintah yang dipanggil Gun Violence Archive. Ini termasuk kematian bunuh diri.



Sementara itu, perunding utama parti Republikan yang terlibat dalam usaha merangka rang undang-undang senjata api dwipartisan bagi Senat Amerika telah melangkah keluar daripada perbincangan yang berlangsung kelmarin, manakala perunding utama parti Demokratik kekal optimistik penggubal undang-undang boleh membuat undian terhadap undang-undang itu sebelum tempoh rehat dua minggu mulai 4 Julai.



Selepas perundingan yang turut melibatkan seorang lagi senator Republikan, Senator Thom Tillis, dan senator Demokratik, Encik Chris Murphy dan Cik Kryten Sinema, perunding utama Republikan, Senator John Cornyn, berkata: "Saya tak tahu apa yang sedang mereka fikirkan, tapi saya sudah selesai berbincang."



Namun, Encik Tillis dan Encik Murphy berkata mereka hampir mencapai persetujuan, sambil menambah bahawa teks perundangan bagi rang undang-undang itu mungkin keluar alam beberapa hari ini.



Kumpulan dwipartisan itu telah mengusahakan perjanjian untuk mengawal keganasan senjata api sejak seorang lelaki bersenjata membunuh murid dan guru di sekolah di Uvalde, Texas, itu, kurang dua minggu selepas tembakan berbaur perkauman berlaku di Buffalo, New York, menyebabkan 10 orang terkorban.



"Untuk mendapatkan persetujuan seperti ini amat sukar. Ia melibatkan emosi tinggi. Ia juga melibatkan risiko politik bagi kededua pihak. Namun, kami hampir (mencapai persetujuan)," kata Encik Murphy.



Beliau kemudian mengeluarkan kenyataan: "Saya percaya kita boleh mengundi minggu depan."



Tempoh untuk mengeluarkan undang-undang utama semakin singkat memandangkan pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 8 November, di mana Republikan akan berusaha mendapatkan semula kuasa mengawal Kongres.



Menurut Encik Murphy dan Encik Tillis, kakitangan mereka sudah mula merangka teks perundangan bagi sebahagian besar peruntukan yang telah dipersetujui oleh penggubal undang-undang.



Encik Tillis berkata teks itu boleh tersedia seawal hari ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >