Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS laksana misi tadbir 100 juta vaksin Covid-19 dalam tempoh 3 bulan

Mar 13, 2021 | 02:27 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah mencapai batu penanda penting dalam sejarahnya apabila ia berjaya mentadbir lebih 100 juta suntikan vaksin Covid-19 dengan 66 juta penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin tersebut.



Sekitar 2.3 juta dos sehari diberikan di Amerika, angka yang dijangka meningkat banyak dalam minggu mendatang menerusi agihan vaksin satu dos Johnson & Johnson.



Presiden Joe Biden memberi jaminan bahawa dos suntikan vaksin ini mencukupi buat Amerika menjelang hujung Mei ini jika ada orang dewasa warga Amerika yang ingin melindungi dirinya dengan proses imunisasi ini.



Jumlah vaksin yang akan dibekalkan sejajar dengan analisis Bloomberg tentang jadual kiriman vaksin pengeluar ubat-ubatan.



Tambahan bekalan ini, adanya vaksin satu suntikan serta tambahan tempat bagi orang ramai mendapatkan vaksinasi merupakan gabungan faktor yang mempertingkat kempen vaksinasi Amerika dalam tempoh setahun selepas pandemik Covid-19 ini bermula.



Daya tahan meluas daripada virus ini dianggap penting bagi menamatkan sekatan pada kegiatan peribadi dan perniagaan. Lantaran itu, pakar penyakit berjangkit Amerika, Dr Anthony Fauci, meramalkan kehidupan di Amerika akan kembali seperti biasa menjelang hujung musim panas ini.



Pada Khamis (11 Mac), Encik Biden berkata beliau akan mengarahkan negeri-negeri di Amerika agar membuka kelayakan vaksin buat semua warga dewasa Amerika menjelang 1 Mei dengan matlamat membenarkan kumpulan kecil berhimpun menjelang 4 Julai.



Satu analisis Bloomberg News mengenai jadual masa kiriman vaksin pengeluar bulan lalu menganggarkan terdapat vaksin secukupnya bagi lebih 200 juta warga Amerika menjelang tempoh itu dengan pengeluar ubat-ubatan sudah berusaha mempercepatkan jadual kiriman mereka.



Encik Biden sebelum ini berkata matlamatnya adalah menyelaras pentadbiran 100 juta dos pada 100 hari pertama beliau memegang jawatan Presiden. - Agensi berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >