Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laluan khas penumpang S'pura-Indo di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta

Oct 21, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta, akan menyediakan laluan khas untuk penumpang berulang-alik antara Indonesia dengan Singapura setelah kedua-dua negara bersetuju mewujudkan laluan khusus bagi memudahkan misi diplomatik dan perjalanan penting perniagaan.



Kemudahan ini, yang dinamakan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), akan berkuat kuasa Isnin ini.



"Kami telah menyediakan beberapa pusat pemeriksaan untuk penumpang pesawat bagi laluan Indonesia-Singapura dalam lingkungan skim RGL," menurut pengarah syarikat pengendali lapangan terbang milik pemerintah Indonesia, PT Angkasa Pura II, Encik Muhammad Awaluddin, dalam satu kenyataan pada Ahad lalu.



Menurutnya, kemudahan itu akan mematuhi tatacara kesihatan yang ketat demi mencegah penularan Covid-19.



Penumpang pesawat yang menggunakan laluan khas itu akan melalui alat pengimbas thermal di terminal sebelum ke kaunter pelaporan, di mana mereka dikehendaki menunjukkan hasil ujian Reaksi Rantaian Polymerase (PCR) yang sah untuk tempoh 72 jam.



Mereka kemudian perlu mengesahkan tahap kesihatan mereka menerusi aplikasi kad pemberitahuan kesihatan elektronik (e-HAC) sebelum dibenarkan menaiki pesawat.



Dengan lebih daripada 365,000 kes Covid-19 dan 12,000 kematian dilaporkan, Indonesia bertungkus lumus berusaha membendung penularan koronavirus dan pemerintah juga berusaha mendapatkan vaksin biarpun masih dalam penyelidikan, sebelum vaksin selamat dan terbukti dihasilkan.



Namun demikian, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi) menyatakan negara itu tidak perlu tergesa-gesa mengeluarkan penawar berikutan kebimbangan orang ramai mengenai status halalnya.



"Saya meminta untuk tidak tergesa-gesa mendapatkan vaksin ini kerana ia sangat kompleks. Saya mahukan persediaan yang baik khususnya dalam hubungan halal dan haram, harganya dan kualiti," kata Encik Jokowi dalam satu mesyuarat tertutup.



Indonesia sebelum ini berjanji akan mendapatkan vaksin bagi 100 juta rakyatnya pada tahun depan, tetapi Encik Jokowi menyatakan usaha mendapatkan vaksin pada skala besar di negara kepulauan dengan 270 juta penduduk itu sangat mencabar.



Kontroversi mengenai vaksin yang mematuhi prinsip Islam mempengaruhi tanggapan kesihatan awam di Indonesia termasuk pada 2018 ketika Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa menyatakan di bawah Islam, vaksin campak adalah haram atau dilarang.



Indonesia sebelum ini memesan sebanyak 50 juta dos vaksin dari Sinovac, China, menjelang Mac tahun depan dan 100 juta dari AstraZeneca pada April lalu.



Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli epidemiologi yang berpendapat ia harus fokus pada ujian dan mengesan kontak sehingga penawar yang selamat dan berkesan tersedia.



"Banyak negara berpendapat, vaksin akan menjadi sesuatu yang sangat penting untuk menangani wabak itu. Tetapi sayangnya dengan sejarah pandemik, ia seolah tidak menyokong perkara berkenaan," kata ahli epidemiologi Indonesia dari Universiti Griffith Australia, Dr Dicky Budiman. - Agensi berita.




MENGENAI LALUAN HIJAU TIMBAL BALIK (RGL)

"Kami telah menyediakan beberapa pusat pemeriksaan untuk penumpang pesawat bagi laluan Indonesia-Singapura dalam lingkungan skim RGL."

- Pengarah syarikat pengendali lapangan terbang milik pemerintah Indonesia, PT Angkasa Pura II, Encik Muhammad Awaluddin.



MENGENAI VAKSIN COVID-19

"Saya meminta untuk tidak tergesa-gesa mendapatkan vaksin ini kerana ia sangat kompleks. Saya mahukan persediaan yang baik khususnya dalam hubungan halal dan haram, harganya dan kualiti."

- Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >