Laluan runtuh: Menara bangunan bursa saham Indonesia dibuka semula
Premium
Laluan runtuh: Menara bangunan bursa saham Indonesia dibuka semula
Jan 25, 2018 | 5:30 AM

LANGKAH PASTIKAN KESELAMATAN: Polis forensik menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lantai mezanin, serupa dengan yang runtuh, di lobi utama bangunan Bursa Saham Indonesia di Jakarta pada 16 Januari. - Foto REUTERS -
JAKARTA: Menara 2 bangunan Bursa Saham Indonesia - tempat laluan penghubung bangunan di lantai mezaninn yang runtuh lebih seminggu lalu dan mencederakan 77 orang - dibuka semula kepada ramai semalam, lapor Jakarta Post.
"Akses awam ke Menara 2 akan dibuka pada 24 Januari. Oleh itu, penghuni bangunan itu boleh meneruskan operasi perniagaan mereka," kata Cik Farida Riyadi, pengarah kemudahan dan pengurusan kemudahan Indonesia Cushman & Wakefield, dalam satu kenyataan kelmarin.

