Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langgar disiplin parti sebab pemimpin Umno dipecat

Jan 29, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Umno telah dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.



Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin telah memecat Tan Sri Noh Omar dan Encik Khairy Jamaluddin sebagai langkah pembersihan parti secara besar-besaran sejak penubuhan parti Melayu 75 tahun lepas.



Mesyuarat itu turut menggantung keahlian mantan Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Hussein selama enam tahun.



Turut menerima nasib yang sama adalah mantan Ketua Penerangan, Encik Shahril Hamdan; Anggota Parlimen (AP) Jempol, Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua Umno Bahagian Tebrau Johor, Datuk Maulizan Bujang.



Dalam satu kenyataan sebaik sahaja tamat mesyuarat MKT, Datuk Seri Ahmad berkata: "Selain itu, lima lagi ahli Umno Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli Umno Bahagian Putrajaya, dua ahli Umno Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli Umno dari Pahang turut dipecat.



"Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU15."



Pada masa yang sama, menurut Datuk Seri Ahmad, Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baru menggantikan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad.



Sebelum itu, Tan Sri Noh memberitahu media bahawa beliau digantung keahlian selama enam tahun menerusi keputusan dibuat MKT.



Menurut mantan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu, perkara tersebut dimaklumkan menerusi ucapan mukadimah Datuk Ahmad Zahid dalam mesyuarat itu.



Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata keputusan dibuat terhadap Tan Sri Noh berdasarkan kepada 16 pertuduhan dihadapi bekas AP Tanjong Karang itu kerana mensabotaj parti pada PRU15.



Katanya, antara tindakan sabotaj tersebut melibatkan soal calon yang ditampilkan untuk mewakili parti di kerusi Parlimen Tanjong Karang.



Langkah pembersihan Umno itu turut mengundang reaksi daripada parti lain.



Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata ia akan berbincang terlebih dahulu jika ada pemimpin Umno yang dipecat mahu menyertai mereka.



Timbalan Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli, berkata beliau tidak boleh membuat keputusan itu secara berseorangan sebaliknya ia perlu dibuat secara kolektif oleh semua pemimpin PKR.



"Yang itu kita kena bincang dahulu di peringkat parti. Ia bukan keputusan saya seorang.



"Saya rasa kita kena tengok perkembangan satu demi satu," katanya kepada pemberita selepas Program Syarahan Parlimen Siri 1.0: Reset Ekonomi Malaysia kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >