Langgar sekatan ke atas Korea U: AS seru Majlis Keselamatan senarai hitam 10 kapal
Premium
Langgar sekatan ke atas Korea U: AS seru Majlis Keselamatan senarai hitam 10 kapal
Dec 21, 2017 | 5:30 AM

TIDAK TAHU NASIB: Seorang kelasi berdiri di atas kapalnya di sebuah pelabuhan di Rason, Korea Utara. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Amerika Syarikat kelmarin menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyenarai hitam 10 kapal kerana menghindari sekatan terhadap Korea Utara, sedang Presiden Korea Selatan mencadangkan supaya latihan ketenteraan dengan Washington dihentikan untuk meredakan ketegangan menjelang Olimpik Musim Sejuk tahun depan.
Majlis Keselamatan PBB bertemu bagi membincangkan program nuklear Korea Utara di ibu pejabat PBB di New York City, New York, pada 15 Disember lalu.

