Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Langkah Iran perkaya uranium hampir ke gred bom dipersoal

IAEA temui kesan bahan diperkaya hingga 83.7% ketulenan di loji pengayaan Fordow
Mar 02, 2023 | 05:30 AM



VIENNA (Austria): Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang berbincang dengan Iran mengenai asal usul zarah uranium yang diperkaya hingga 83.7 peratus ketulenan - sangat hampir dengan gred senjata - di loji pengayaan Fordow, menurut satu laporan badan itu yang dilihat Reuters dan disahkan pada Selasa.



Diplomat berkata minggu lalu bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menemui kesan itu di Loji Pengayaan Bahan Api Fordow (FFEP), tempat Iran memperkaya uranium hingga 60 peratus ketulenan.



Gred senjata sekitar 90 peratus.



Walaupun lonjakan dalam tahap pengayaan boleh berlaku dan ini mungkin tidak disengajakan, lonjakan itu agak besar.



Jejak itu ditemui dalam produk daripada dua lata (cascade) yang saling berkait, atau kelompok, emparan maju (advanced centrifuge) di Fordow yang memperkaya hingga 60 peratus.



IAEA menegur Iran dalam laporan awalnya kerana membuat perubahan besar pada lata tersebut tanpa memaklumkan agensi itu.



"Mengenai asal usul zarah yang diperkaya melebihi 60 peratus U-235, yang dikenal pasti selepas pelaksanaan konfigurasi lata baru di FFEP, perbincangan dengan Iran masih diteruskan," kata laporan sulit IAEA kepada negara anggota.



"Iran memaklumkan Agensi (IAEA) bahawa 'turun naik tidak diingini dalam tahap pengayaan mungkin berlaku semasa tempoh peralihan pada masa pentauliahan proses produk (November 2022) atau semasa menggantikan silinder suapan'," tambahnya.



Laporan itu juga berkata bekalan uranium Iran yang diperkaya hingga 60 peratus, yang dihasilkan di dua tapak, telah meningkat 25.2kg kepada 87.5kg sejak laporan suku tahun terakhir.



Jumlah simpanan uranium Teheran yang diperkaya ke paras itu dan lebih rendah dianggarkan sebanyak 3,760.8kg, kata laporan itu.



Menurut terminologi IAEA, sekitar 42kg uranium yang diperkaya hingga 60 peratus ketulenan adalah "jumlah cukup besar", yang ditakrifkan sebagai "jumlah anggaran bahan nuklear yang kemungkinan bagi menghasilkan sebuah peranti letupan nuklear tidak boleh ditolak".



Seorang diplomat kanan, bagaimanapun, memberi amaran bahawa lazimnya lebih 55kg uranium yang diperkaya hingga 60 peratus diperlukan untuk membuat satu bom, kerana beberapa bahan terbuang semasa pengayaan.



Iran menafikan cuba memperoleh senjata nuklear dan berkata ia hanya mahu menguasai teknologi nuklear untuk kegunaan awam.



Satu laporan suku tahun kedua mengenai penyiasatan bertahun-tahun ke atas kesan uranium yang ditemui di tiga tapak tidak diisytihar di Iran, yang juga dijadualkan sebelum mesyuarat Lembaga Gabenor 35 negara IAEA minggu depan, tidak akan dikeluarkan hingga lewat minggu ini, kata para diplomat.



Pada awal Februari lalu Iran mengecam Ketua Pemerhati Nuklear PBB, Encik Rafael Grossi, selepas agensi itu membangkitkan kebimbangan mengenai perubahan rahsia peralatan di FFEP.



Kritikan terhadap Encik Grossi disuarakan selepas Ketua Pengarah IAEA itu merancang melawat Teheran bulan lalu untuk rundingan bagi meningkatkan kerjasama dalam aktivitinya, ketika rundingan terhenti untuk memulihkan perjanjian penting mengenai program nuklear Iran.



IAEA berkata dalam satu laporan sulit bahawa Iran mengubah suai secara besar-besaran hubungan antara dua kelompok emparan yang diperkaya uranium hingga 60 peratus di FFEP tanpa memberi notis terlebih dahulu. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >