Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langkawi hadapi risiko kekurangan barangan keperluan harian

Sep 09, 2021 | 05:27 PM



LANGKAWI: Penduduk di Langkawi berisiko menghadapi kekurangan barangan keperluan harian setelah tiga pengendali perkhidmatan kargo yang berpangkalan di Kuala Kedah menghentikan operasi pada Rabu (8 Sept).


Difahamkan, tindakan tiga syarikat itu bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kuala Kedah dari Selasa hingga 19 September yang tidak membenarkan lori barang masuk ke jeti Kuala Kedah yang menjadi sebahagian kawasan PKPD.


Tiga pengendali perkhidmatan kargo itu adalah Wantas Shipping Sdn Bhd, Pertiwi Shipping Sdn Bhd, dan Pengangkutan Bersatu Langkawi, lapor Berita Harian Malaysia.


Pengurus Besar Langkawi Port Sdn Bhd, Encik Muhd Nasir Abd Aziz, berkata jika perkara itu berterusan selama 14 hari menyamai tempoh pelaksanaan PKPD di kawasan itu, dikhuatiri akan berlaku kekurangan barangan keperluan harian di Langkawi.


"Kira-kira 80 peratus barang keperluan di pulau pelancongan itu dibawa masuk dengan lori melalui perkhidmatan kargo dari Kuala Kedah ke Dermaga Tanjung Lembung (DTL) di sini.


"DTL beroperasi seperti biasa, tetapi keadaan agak sunyi dan lengang selepas perkhidmatan kargo dari Kuala Kedah yang selalunya sarat dengan muatan barang tidak beroperasi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.


Beliau berkata, walaupun ada laluan alternatif membawa barang keperluan menerusi jeti Kuala Perlis, namun kemudahan di jeti itu tidak dapat menampung muatan barang seperti yang dikendalikan pengendali perkhidmatan kargo di Kuala Kedah.


"Ini kerana perkhidmatan kargo dari Kuala Kedah ke Langkawi menggunakan tongkang, sebaliknya dari Kuala Perlis menggunakan feri jenis Roll On Roll Off (RoRo) dengan ruang muatan sangat terhad berbanding tongkang.


"Terminal Feri Kuala Perlis juga tiada kemudahan sesuai untuk tongkang berlabuh dan setakat ini hanya digunakan oleh feri RoRo, dan pengangkutan itu tidak sesuai bagi lori besar yang bawa gas dan bahan binaan," katanya.


Langkawi mempunyai 120,000 penduduk dan jumlah itu dijangka meningkat sebaik program perintis gelembung pelancongan dibuka mulai 16 September ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >