Lapan kanak-kanak Malaysia sertai kem ISIS di Iraq dan Syria

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lapan kanak-kanak Malaysia sertai kem ISIS di Iraq dan Syria

Jan 12, 2016 | 6:42 PM

Lapan kanak-kanak Malaysia sertai kem ISIS di Iraq dan Syria

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Anak-anak militan ISIS dari Asia Tenggara berlatih dengan senjata dalam imej yang dipetik daripada video yang dimuat naik ISIS. - Foto Fail AZZAM MEDIA
Anak-anak militan ISIS dari Asia Tenggara berlatih dengan senjata dalam imej yang dipetik daripada video yang dimuat naik ISIS. - Foto Fail AZZAM MEDIA -

KUALA LUMPUR: Laporan risikan telah mendedahkan bahawa lapan kanak-kanak Malaysia sedang dilatih untuk dijadikan militan ISIS, kata pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Komander Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Meskipun pihak polis tidak mempunyai perincian tentang perkara tersebut, Datuk Fuzi berkata siasatan menunjukkan kanak-kanak tersebut dilatih di kem-kem di Syria dan Iraq.

"Tidak diketahui di mana mereka diletakkan. Mungkin beberapa di Syria dan yang lain di Iraq.

"Kanak-kanak ini dibawa masuk ke dalam negara-negara yang berperang itu oleh ibu bapa mereka, yang mahu menjadikan mereka sebagai militan IS," kata beliau dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman hari ini, Selasa (12 Januari).

Datuk Fuzi berkata, terdapat 47 warga Malaysia menjadi anggota ISIS di Syria dan Iraq.

"Daripada jumlah tersebut, 12 merupakan wanita.

"Sebelum ini ada 55 orang anggota, tetapi lapan sama ada telah pulang, ditangkap atau didakwa," katanya.

Beliau menambah, beberapa keluarga anggota ISIS Malaysia telah meminta bantuan polis untuk membawa anggota keluarga mereka pulang ke Malaysia.

"Tetapi mereka enggan pulang. Matlamat utama mereka adalah untuk berjuang dan mati sebagai syahid," ujarnya.

Menurutnya, siasatan menunjukkan sekurang-kurangnya 17 warga Malaysia, termasuk enam pengebom nekad telah terbunuh di luar negara. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg