Lapan kanak-kanak, seorang guru maut dalam kebakaran sengaja tajaka Brazil
Premium
Lapan kanak-kanak, seorang guru maut dalam kebakaran sengaja tajaka Brazil
Oct 9, 2017 | 5:30 AM

DISEMADI: Dua lelaki ini mengangkat keranda Juan Miguel Soares Silva, empat tahun, yang turut terkorban dalam kejadian kebakaran di sebuah tajaka di Brazil. - Foto AFP -
SAO PAULO: Seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa kebakaran yang dilakukan secara sengaja di sebuah tajaka di Brazil meninggal dunia kelmarin, sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang terkorban kepada sembilan orang.
Kanak-kanak berusia empat tahun itu telah dipindahkan ke sebuah hospital di Belo Horizonte, bandar utama di Minas Gerais, Janauba, di mana kejadian itu berlaku.

