Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapangan terbang HK jadi sasaran penunjuk perasaan teruskan demo

Aug 24, 2019 | 05:30 AM



HONGKONG: Penunjuk perasaan di Hongkong sekali lagi menyasarkan operasi lapangan terbang dalam usaha meneruskan demonstrasi.



"Pergi ke lapangan terbang menaiki pelbagai pengangkutan termasuk MTR, bas, teksi, basikal dan kereta bagi memberi tekanan kepada lapangan terbang,'' tulis penunjuk perasaan di talian semalam.



Menurut poster yang tersebar di media sosial, tujuan tunjuk perasaan itu yang dijadualkan hari ini adalah untuk meningkatkan kesesakan lalu lintas, menghalang penumpang menaiki pesawat tepat pada masa dan menyebabkan penangguhan atau pembatalan penerbangan.



Pihak berkuasa Lapangan Terbang Hongkong berkata, pihaknya amat bimbang dengan rancangan penunjuk perasaan termasuk menyekat laluan menuju ke lapangan terbang.



"Pihak kami akan berhubung rapat dengan pasukan keselamatan lapangan terbang, polis, operator pengangkutan dan rakan perniagaan. Langkah mengatur pelan tambahan demi keselamatan akan diambil sekiranya perlu,'' kata jurucakap lapangan terbang.



Lapangan Terbang Hongkong menjadi sasaran penunjuk perasaan yang membuat kacau di kawasan berkenaan minggu lalu.



Susulan insiden terbabit, pihak lapangan terbang mendapatkan cara terbaik bagi menghalang penunjuk perasaan mengganggu operasinya.



Pihak berkuasa lapangan terbang turut memberi amaran, penunjuk perasaan yang melanggar arahan tersebut dan secara sengaja menghalang jalan menuju ke lapangan terbang, akan didakwa menghina mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara atau denda.



Dalam berdepan dengan kemelut demonstrasi, agensi berita Reuters melaporkan warga Hongkong telah membeli kira-kira 200 unit apartmen di Malaysia dalam tempoh dua bulan lepas.



Menurut ejen hartanah, situasi itu adalah petanda bahawa kumpulan pembeli itu sudah tidak yakin lagi untuk tinggal dalam kegawatan politik di wilayah pentadbiran khas China itu.



Menurut Reuters lagi, pembelian terkini itu adalah hampir dua kali ganda bilangan apartmen yang sudah dimiliki warga Hongkong di projek Forest City di Johor, yang dibangunkan syarikat China, Country Garden Holdings Ltd.



Ejen hartanah menjangkakan Malaysia dan Thailand akan mendapat keuntungan daripada kekecewaan warga Hongkong yang sudah letih dengan protes jalanan yang berlanjutan selama berbulan-bulan.



Penjualan hartanah Forest City adalah petanda jelas tentang minat warga Hongkong untuk mencari tempat tinggal baharu yang lebih aman dari wilayah mereka sendiri, dan bukannya sebagai pembelian pelaburan.



"Mereka sudah tahu tentang projek hartanah tersebut, namun perkembangan di Hongkong membuatkan mereka sedia untuk berhijrah. Setiap hujung minggu, ada saja yang akan mengesahkan pembelian mereka," ujar konsultan VPC Asia-Pasifik, Encik Bruce Lee.



Reuters juga melaporkan minggu ini bahawa satu program Malaysia untuk menarik warga asing tinggal di negara ini telah berjaya menarik 251 permohonan daripada penduduk Hongkong, berbanding 193 yang diluluskan tahun lalu.



Malah pemerintah China merancang untuk membangunkan pusat bandar raya Shenzhen dan menjadikannya 'tempat yang lebih baik' berbanding jirannya, Hongkong, kata media tempatan.



Hongkong berhadapan dengan bantahan dan demonstrasi hingga mengalami krisis lantas membolehkan Beijing mengambil peluang untuk menjadikan Shenzhen sebagai perintis pertama 'sosialisme bercirikan China.'



Tanpa memberi banyak maklumat khusus, dasar dokumen itu termasuklah beberapa matlamat seperti mengubah kekuatan ekonomi dan mutu pembangunan di Shenzhen sebagai antara yang terbaik di dunia pada 2025.



Ia juga menggariskan hasrat untuk membina integrasi dengan Hongkong dan Macau.



Menjelang 2035, bandar selatan China akan 'memimpin dunia' dalam daya saing ekonomi keseluruhannya, kata dokumen itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >