Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapangan terbang Hongkong kembali seperti biasa

Aug 14, 2019 | 08:50 AM



HONG KONG: Lapangan terbang Hongkong meneruskan khidmat penerbangan seperti biasa pagi tadi selepas bantahan yang berlangsung malam semalam. 



Hanya segelintir penunjuk perasaan masih berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sekitar 6 pagi tadi, dan ramai yang telah mengundurkan diri kerana tidak ingin menghadapi tindakan pihak berkuasa. 



Lapangan terbang tersebut telah meneruskan khidmat seperti biasa dan kini berusaha untuk menjadualkan semula penerbangan, menurut jurucakap Penguasa Lapangan Terbang hari ini. 



Kebanyakan sepanduk bantahan tidak lagi kelihatan dan penerbangan dijangka berkhidmat berdasarkan jadual yang ditentukan. 



Semalam, ratusan orang berada di kawasan pelepasan semasa bantahan tersebut, dan ini menganggu penerbangan di lapangan terbang antarabangsa yang sibuk itu buat hari kedua. 



Pihak polis berkata mereka telah memberkas lima orang kerana berkumpul secara tidak sah, menyerang pegawai polis dan juga memiliki senjata, menurut laporan AP. - BLOOMBERG, REUTERS 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >