Laporan Audit M'sia: Ramai pemandu dari S'pura belum bayar saman trafik
Premium
Laporan Audit M'sia: Ramai pemandu dari S'pura belum bayar saman trafik
Nov 12, 2014 | 5:30 AM

-
KUALA LUMPUR: Sebanyak 108,951 atau 89.6 peratus saman yang dikeluarkan polis kepada pesalah trafik bukan warga Malaysia bagi tempoh 2011 hingga 2013 didapati belum dijelaskan, membabitkan tunggakan RM7.63 juta ($3 juta).
Laporan Ketua Audit Negara Siri Tiga 2013 mendapati saman terbanyak dikeluarkan kepada pemandu Singapura iaitu 84,604 manakala warga Brunei sebanyak 25,803 saman.

