Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laporan dakwa cara China layani Uighur langgar konvensyen genosid PBB

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Perlakuan pemerintah China terhadap Uighur telah melanggar "setiap tindakan" yang dilarang oleh Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dakwa sebuah laporan oleh puluhan pakar antarabangsa kelmarin.



Laporan daripada kumpulan pemikir yang berpusat di Washington, Newlines Institute for Strategy and Policy, menawarkan analisis bebas mengenai tanggungjawab undang-undang yang Beijing mungkin hadapi di atas tindakannya di wilayah barat laut Xinjiang itu.



Pejuang hak asasi manusia berkata Xinjiang menempatkan rangkaian luas kem tahanan luar bidang kehakiman yang telah memenjarakan sekurang-kurangnya satu juta orang, yang China telah pertahankan sebagai sebagai pusat latihan vokasional untuk mengatasi ekstremisme.



"Warga Uighur menderita kecederaan tubuh dan mental yang serius akibat penyiksaan sistematik dan perlakuan kejam, termasuk pemerkosaan, penderaan seksual, eksploitasi dan penghinaan awam, di tangan pegawai kem," kata laporan itu.



Pemerintahan presiden Donald Trump Januari lalu mengisytiharkan bahawa China melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Uighur dan orang lain yang kebanyakannya Muslim.



Sebaliknya, anggota parlimen Canada bulan lalu mengundi untuk melabelkan perlakuan Beijing terhadap orang Uighur di Xinjiang sebagai genosid, dan para menteri meminta Perdana Menteri Justin Trudeau untuk melabelnya sedemikian secara rasmi.



Newlines mengenal pasti lebih 30 pakar dalam bidang dari undang-undang antarabangsa ke dasar etnik Cina yang ia kata telah memeriksa bukti yang ada mengenai perlakuan Beijing terhadap orang Uighur dan Konvensyen Genosid.



Konvensyen itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada Disember 1948, dengan para penandatangan yang termasuk China dan 151 negara lain.



Ia memberi beberapa definisi khusus mengenai pembunuhan beramai-ramai, seperti sengaja mengenakan syarat "yang dikira untuk menyebabkan kemusnahan fizikal (sebuah kumpulan) secara keseluruhan atau sebahagian".



Sedang hanya melanggar sebahagian konvensyen itu boleh layak dikatakan sebagai genosid, laporan itu mendakwa pihak berkuasa China "melanggar setiap tindakan yang dilarang" oleh definisi itu.



"Orang dan entiti yang melakukan... tindakan pembunuhan beramai-ramai itu semuanya adalah ejen atau organ negara - yang bertindak di bawah kawalan Negara - menunjukkan niat untuk menghancurkan orang Uighur sebagai sebuah kumpulan," dakwa laporan itu.



Newlines, yang sebelum ini dikenal sebagai Centre for Global Policy, mengeluarkan laporan Disember lalu yang mendakwa buruh etnik minoriti di Xinjiang dipaksa memetik kapas melalui program paksaan kendalian negara.



Laporan itu - yang merujuk dokumen pemerintah dalam talian - berkata jumlah keseluruhan yang terlibat dalam tiga wilayah majoriti-Uighur telah melebihi anggaran awal pada 2018 sebanyak ratusan ribu.



Anggaran tiga tahun lalu itu berkata 517,000 orang dipaksa memetik kapas sebagai sebahagian daripada skim tersebut.



China telah menolak sekeras-kerasnya tuduhan buruh paksa yang melibatkan warga Uighur di Xinjiang dan berkata program latihan, skim kerja dan pendidikan yang lebih baik telah membantu membasmi ekstremisme di rantau itu. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >