Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laporan risikan: Taleban mula tahan individu dalam senarai hitam

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



OSLO: Kumpulan Taleban dilaporkan telah mula menahan warga Afghanistan yang terkandung dalam satu senarai merangkumi mereka yang pernah bertugas dalam peranan utama pemerintahan Afghanistan sebelumnya, atau dengan pasukan asing pimpinan Amerika Syarikat, menurut satu laporan kumpulan perisik Norway.



Laporan itu, yang disusun oleh RHIPTO Pusat Analisis Global Norway dan dilihat oleh Reuters, mendakwa Taleban memburu individu yang ada kaitan dengan pentadbiran sebelumnya, yang tumbang pada Ahad lalu apabila kumpulan militan itu menguasai Kabul.



"Taleban sedang meningkatkan usaha pemburuan semua individu dan mereka yang bersubahat dengan rejim sebelumnya, dan jika tidak berjaya, mereka sasarkan dan tangkap keluarga dan menghukum mereka mengikut tafsiran sendiri undang-undang syariah," kata laporan bertarikh 18 Ogos itu.



"Mereka yang berisiko tinggi adalah individu di ibu pejabat pusat tentera, polis dan perisikan."



Pertubuhan bukan meraih keuntungan RHIPTO, yang membuat penilaian perisikan bebas, mengatakan laporan Afghanistan itu telah dikongsi dengan agensi dan individu yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



"Ini bukan laporan yang dibuat PBB, tetapi oleh Pusat Analisis Global Norway," kata seorang pegawai PBB, ketika diminta memberi komen.



Seorang jurucakap Taleban tidak segera memenuhi permintaan untuk memberi komen mengenai laporan tersebut.



Sejak menguasai Kabul, Taleban berusaha menampilkan pegangannya yang lebih sederhana kepada dunia, dengan mengatakan ia menginginkan perdamaian dan tidak membalas dendam terhadap musuh lama.



Laporan empat halaman itu memuatkan surat yang didakwa telah ditulis kepada individu yang dikatakan dibawa dari kediamannya di Kabul dan ditahan untuk disoal siasat mengenai peranannya sebagai pegawai antipengganasan dalam pemerintah sebelumnya.



Surat itu, bertarikh Isnin lalu, daripada Suruhanjaya Tentera Emirat Islam Afghanistan, menyatakan tahanan itu telah melakukan perjalanan ke Britain sebagai sebahagian tugasnya "yang menunjukkan anda mempunyai hubungan baik dengan Amerika dan Britain".



Secara berasingan, seorang anggota kanan pasukan keselamatan pentadbiran lama telah menghantar mesej kepada wartawan yang mengatakan Taleban telah memperoleh dokumen keselamatan rahsia nasional dan Taleban kini sedang menangkap kumpulan bekas pegawai perisikan dan keselamatan. - Reuters.




"Taleban sedang meningkatkan usaha pemburuan semua individu dan mereka yang bersubahat dengan rejim sebelumnya, dan jika tidak berjaya, mereka sasarkan dan tangkap keluarga dan menghukum mereka mengikut tafsiran sendiri undang-undang syariah. Mereka yang berisiko tinggi adalah individu di ibu pejabat pusat tentera, polis dan perisikan."
- Laporan RHIPTO Pusat Analisis Global Norway.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >