AS larang import minyak sawit dari firma kedua M'sia yang didakwa guna buruh paksa
Pengguna Berdaftar
AS larang import minyak sawit dari firma kedua M'sia yang didakwa guna buruh paksa
Jan 1, 2021 | 5:30 AM
PERMINTAAN TINGGI: Amerika mengimport minyak sawit mentah bernilai AS$410 juta ($542 juta) dari Malaysia bagi tahun kewangan 2020. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Amerika Syarikat berkata mereka akan melarang semua penghantaran minyak sawit dari antara pengeluar terbesar dunia bagi bahan itu selepas menemui beberapa bayangan terdapat penggunaan buruh paksa.
Langkah mengenakan larangan terhadap Sime Darby Plantation serta anak syarikat tempatannya, syarikat usaha sama dan anggota gabungannya diambil menyusuli siasatan intensif oleh Pejabat Perdagangan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika (CBP) yang berlangsung selama beberapa bulan, menurut pengarah eksekutif agensi itu, Cik Ana Hinojosa.

