Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Larangan penduduk S'pura ke Italy mungkin satu kesilapan'

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK Singapura telah dilarang melancong ke Italy mulai semalam, menurut kedutaan negara itu di Singapura.



Namun, larangan itu mungkin satu 'kesilapan', kata Duta Italy ke Singapura.



Menjawab pertanyaan media, Encik Mario Andrea Vattani, berkata:



"Kami sedang menulis kepada MOH (Kementerian Kesihatan) untuk meminta mereka menyemak pilihan mereka melarang pelawat dari Singapura ke Italy bagi tujuan melancong.



"Kami ingin percaya ia satu kesilapan pentadbiran untuk merujuk kepada langkah mengeluarkan Singapura dari senarai EU (Kesatuan Eropah) yang diterbitkan pada 9 November bagi membuat keputusan sekarang."



Kedutaan itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata kementerian kesihatannya telah memindahkan Singapura dan Brunei ke senarai negara yang dianggap berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19.



Pelawat dari negara dalam senarai berisiko itu hanya boleh memasuki Italy hanya atas sebab kerja, kesihatan atau belajar, dalam keadaan mendesak, atau untuk pulang ke rumah mereka.



Pelancong, bagaimanapun, dilarang memasuki negara itu.



Pengecualian boleh diberikan dalam kes tertentu, seperti jika pelancong merupakan warga negara anggota Kesatuan Eropah atau mempunyai pasangan yang tinggal di Italy.



Kedutaan itu berkata bahawa mereka yang masih dibenarkan memasuki Italy mesti mengasingkan diri selama 10 hari di alamat yang diisytiharkan.



Pelawat dari Singapura masih boleh transit melalui lapangan terbang Italy ke destinasi lain, dengan syarat mereka tidak keluar dari kawasan yang ditetapkan dalam lapangan terbang.



Sekatan ini bermula semalam dan akan berlangsung hingga 31 Januari depan.



Kedutaan itu tidak menyatakan sebab di sebalik langkah menukar klasifikasi risiko Covid-19 Singapura.



Singapura memulakan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dengan Italy pada 19 Oktober, memulihkan perjalanan bebas kuarantin dua hala antara kedua-dua negara.



Italy sebelum ini telah membuka sempadannya kepada Singapura.



Memandangkan VTL Singapura dengan Italy kini hanya sehala, langkah terbaru Italy tidak akan menjejas kemasukan bebas kuarantin dari negara itu ke Republik dengan serta-merta.



Ini bermakna pelawat yang layak dan kini berada di Italy masih boleh menggunakan VTL untuk memasuki Singapura tanpa perlu mengasingkan diri selama beberapa hari.



Kemasukan mereka akan terjejas sekiranya Singapura menggantung VTL.




"Kami ingin percaya ia satu kesilapan pentadbiran untuk merujuk kepada langkah mengeluarkan Singapura dari senarai EU (Kesatuan Eropah) yang diterbitkan pada 9 November bagi membuat keputusan sekarang."
- Duta Italy ke Singapura, Encik Mario Andrea Vattani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >