Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Larangan umrah Saudi: Lebih 2,000 jemaah Singapura terjejas

Feb 27, 2020 | 07:52 PM



LEBIH 2,000 jemaah yang dijadual melaksanakan umrah pada Mac mungkin terpaksa menundakan rancangan tersebut setelah Arab Saudi pada Khamis (27 Februari) menggantung sementara kemasukan warga asing ke negara itu bagi tujuan umrah.


Dalam satu kenyataan pada Khamis, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ia difahamkan penggantungan tersebut adalah langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan Covid-19 di tanah suci Makkah dan Madinah.


Muis berkata ia juga diberitahu bahawa kerajaan itu turut menggantung pengeluaran visa pelancongan kepada pengunjung dari Singapura buat sementara waktu.


"Muis telah menasihatkan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) bagi memastikan semua warga Singapura yang membuat rancangan mengerjakan umrah diberi taklimat mencukupi mengenai perkembangan ini.


"Semua bakal jemaah yang telah membuat persiapan untuk melaksanakan umrah dalam tempoh ini dinasihatkan berunding dengan ejen pelancongan mereka bagi penyesuaian dan remedi yang diperlukan," kata kenyataan itu.


Muis menambah ia akan terus bekerjasama dengan Amtas dan Kedutaan Saudi bagi memantau perkembangan kesan Covid-19 ke atas jemaah umrah Singapura dan akan memberi nasihat serta bantuan lanjut kepada Amtas, ejen pelancongan yang menyediakan khidmat umrah dan jemaah umrah dalam masa beberapa bulan akan datang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >