HANOI: Beberapa kapal Vietnam dan China terlibat dalam pertikaian, dengan kedua-dua pihak tidak mahu berganjak daripada kedudukan mereka, selama seminggu dekat sebuah blok minyak luar pesisir di perairan Laut China Selatan yang dipertikai, kata dua kumpulan pemikir berpangkalan di Washington kelmarin.
Blok minyak itu terletak dalam zon ekonomi eksklusif Vietnam, menurut laporan berasingan oleh Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) dan Pusat Pengajian Pertahanan Lanjutan (C4ADS).