Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lawat atau tidak? Pelosi enggan sahkan

Jul 31, 2022 | 5:30 AM
JADUAL LAWATAN PELOSI: Lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Cik Pelosi dan delegasi merangkumi Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Singapura - semuanya negara-negara sekutu AS di rantau ini. - Foto EPA-EFE
JADUAL LAWATAN PELOSI: Lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Cik Pelosi dan delegasi merangkumi Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Singapura - semuanya negara-negara sekutu AS di rantau ini. - Foto EPA-EFE -

WASHINGTON DC: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Cik Nancy Pelosi, berkata beliau "sangat ghairah" tentang kunjungannya ke Asia tetapi enggan mengesahkan lawatan ke Taiwan sebagai sebahagian daripadanya.

Menyentuh tentang negara-negara yang akan beliau kunjungi, "anda akan mengetahuinya semasa perjalanan nanti," kata Cik Pelosi dalam satu sidang akhbar kelmarin, tanpa menyatakan lebih lanjut disebabkan soal keselamatan.

Namun demikian, jawapan beliau itu adalah gambaran terdekat dan pengesahan jelas beliau tentang lawatan ke rantau Asia Pasifik bersama-sama delegasi kongres.

Laporan CNN pada Jumaat lalu menyatakan, lawatan Cik Pelosi dan delegasi merangkumi Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Singapura - semuanya negara-negara sekutu AS di rantau ini. China memberi amaran kepada AS akan lawatan ke Taiwan, kepulauan yang dianggap China sebagai sebahagian negara itu. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg