Topik diikuti
Pergi ke BHkuBrunei sambut meriah rombongan Presiden Halimah
PERKUKUH HUBUNGAN: Puan Halimah (tengah) bersama suami Encik Mohamed Abdullah Alhabshee (tiga dari kanan) disambut pegawai dan tokoh kanan Brunei di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
May 12, 2018 | 5:30 AM
PRESIDEN Halimah Yacob tiba di Brunei petang semalam bagi satu lawatan empat hari ke negara itu, yang bertujuan memperkukuh hubungan yang sedia akrab antara Brunei dengan Singapura.
Lawatan pertamanya selaku ketua negara itu atas undangan Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
