Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lawatan Maliki sah hubungan kukuh S'pura, Kepulauan Riau

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, telah mengadakan lawatan dua hari ke Batam di Provinsi Kepulauan Riau (Kepri) yang berakhir kelmarin.



Semasa lawatan itu, Dr Maliki telah bertemu dengan Gabenor Kepri, Encik Ansar Ahmad.



Kedua-dua pemimpin terus mengesahkan hubungan kukuh antara Singapura dengan Kepri, selain kemajuan baik yang dicapai dalam projek kerjasama seperti Taman Digital Nongsa meskipun berdepan dengan pandemik Covid-19.



Mereka turut membincangkan usaha memajukan lagi kerjasama dalam pembangunan sumber manusia, ekonomi digital dan isu kemampanan.



Dr Maliki juga bertemu Datuk Bandar Batam merangkap Pengerusi BP Batam, Encik Muhammad Rudi.



"Dr Maliki and Datuk Bandar Rudi saling mengesahkan hubungan kerjasama dua hala dan sokongan yang diberikan kepada satu sama lain semasa pandemik koronavirus, yang mencerminkan hubungan rapat Singapura dan Batam.



Mereka juga melahirkan keyakinan dalam potensi dalam mengadakan kerjasama lebih rapat sedang kedua-dua kota muncul lebih kukuh dari pandemik ini," kata MFA dalam kenyataannya kelmarin.



Kedua-dua Gabenor Ansar dan Datuk Bandar Rudi mengalu-alukan kerjasama dan pelaburan berterusan dari Singapura, dan Dr Maliki mengulangi minat berterusan Singapura untuk bekerja rapat dengan Kepri bagi faedah bersama.



Semasa lawatan itu, Dr Maliki juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin perniagaan tempatan dan editor media, dan bertukar pandangan tentang pembangunan ekonomi dan peluang kerjasama di masa depan.



Dr Maliki turut melawat Lapangan Terbang Hang Nadim dan Batam Aero Technic untuk memahami pelan pembangunan mereka dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >