TAIPEI: China telah mengeluarkan amaran 'peribadi' yang tegas kepada pentadbiran Presiden Encik Joe Biden mengenai kemungkinan perjalanan ke Taiwan pada Ogos oleh speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi.
Laporan Financial Times (FT) kelmarin itu memetik enam orang yang biasa dengan amaran China sebagai berkata, ia jauh lebih kuat daripada ancaman Beijing pada masa lalu apabila ia tidak berpuas hati dengan tindakan atau dasar AS ke atas Taiwan, yang dituntut oleh China.
Retorik 'peribadi' itu mencadangkan kemungkinan tindak balas tentera, kata FT.
Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih dan Jabatan Negara enggan mengulas laporan itu.
China meningkatkan aktiviti tentera di sekitar Taiwan untuk menekan pemerintah yang dipilih secara demokratik di sana agar menerima kedaulatan China.
Pemerintah Taiwan berkata, hanya penduduk pulau itu boleh menentukan masa depan mereka, dan walau ia mahu keamanan, akan mempertahankan diri jika diserang.
Pada 18 Julai lalu, FT melaporkan bahawa Cik Pelosi merancang melawat Taiwan pada bulan Ogos. - Agensi berita