Lebah serang kereta wanita dua hari untuk 'selamatkan' ratu mereka, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Lebah serang kereta wanita dua hari untuk 'selamatkan' ratu mereka

May 26, 2016 | 12:40 PM

SEORANG wanita di Wales diganggu sekumpulan besar lebah pada kereta beliau selama dua hari - selepas beliau nampaknya terjerat ratu mereka semasa memandu pulang dari sebuah hutan simpan.

Cik Carol Howarth, 65 tahun, terkejut apabila mendapati lebih 20,000 lebah hinggap di belakang kereta beliau.

Sekumpulan tiga pemelihara lebah, seorang renjer taman negara dan orang awam membantu menangkap dan memasukkan lebah-lebah itu ke dalam sebuah kotak kadbod.

Kejadian tersebut berlaku tidak lama selepas Cik Howarth meletak keretanya di pusat bandar Haverfordwest, Wales Barat, pada masa makan tengah hari pada Ahad (22 Mei) lalu, lapor CNN.

Cik Howarth memberitahu akhbar The Telegraph beliau "tidak pernah melihat keadaan seperti itu".

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Melihat beribu-ribu lebah pada but kereta beliau menyebabkan ramai pejalan kaki berhenti dan mengambil gambar.

Dalam pos Facebook, renjer Tom Moses dari Taman Negara Pembrokeshire Coast berkata dek bimbang serangga itu mungkin dimusnahkan dengan racun perosak, beliau menghubungi Persatuan Pemelihara Lebah Pembrokeshire (PBA) bagi mendapatkan bantuan.

Hari itu, Cik Howarth memandu pulang dengan perasaan lega - namun mendapati pada pagi Isnin bahawa lebah-lebah tersebut datang lagi.

Beliau terpaksa menghubungi pemelihara lebah sekali lagi. Kali ini mereka dapat menghalau serangga tersebut, walaupun ada daripada mereka disengat.

Pegawai PBA, Encik Roger Burns, berkata ratu lebah itu mungkin tertarik pada sesuatu yang manis atau makanan di dalam kereta Cik Howarth.

Namun, ia tidak ditemui.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map