Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Lebih 10 bekas pemimpin Umno isi borang mahu sertai PAS'

May 20, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mendakwa Tan Sri Annuar Musa antara lebih 10 bekas pemimpin Umno yang sudah mengisi borang permohonan untuk menyertai PAS.



Beliau, yang juga Setiausaha Agung PAS, turut memaklumkan, pengumuman rasmi mengenai penyertaan bekas Ahli Parlimen Ketereh yang juga bekas Setiausaha Agung Umno bersama bekas pemimpin Umno lain itu akan dibuat hujung bulan ini, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Pada 1 Mei, Datuk Takiyuddin mengesahkan Tan Sri Annuar sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai PAS, menyusul selepas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tan Sri Noh Omar, mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) di Selangor di bawah tiket PN.



Mengenai bekas Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, beliau berkata, mantaan Menteri Kesihatan itu diberikan tawaran istimewa oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyertai Bersatu.



"Saya mengesahkan borang permohonan beberapa tokoh besar itu telah siap, kita tunggu masa untuk buat pengumuman sahaja, insya-Allah akhir bulan ini. Saya juga boleh sahkan Tan Sri Annuar sudah isi borang untuk menyertai PAS.



"Kita akan buat pengumuman dalam waktu terdekat bersama rakan-rakan dalam Umno," katanya seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat.



Datuk Takiyuddin, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu yang ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya di Kota Bharu, juga dipetik berkata bekas pimpinan Umno terbabit akan turut dipertimbangkan tempat jika berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.



Rabu lalu, Tan Sri Muhyiddin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kepada Encik Khairy jika beliau mahu menyertai parti itu selepas mantan Menteri Kesihatan itu dipecat daripada Umno pada Januari.



Bagaimanapun, Encik Khairy yang masih tidak mempunyai parti, dilihat lebih selesa 'kunci mulut' mengenai masa depan politiknya walaupun selepas mendapat tawaran menyertai Bersatu.



Mengenai isu kalimah 'Allah', Datuk Takiyuddin yang juga Ketua Whip Parlimen PN, berkata gabungan itu akan membawa usul berhubung isu berkenaan pada persidangan Parlimen akan datang.



"Isu membabitkan kalimah 'Allah' sepatutnya dibawa ke Mahkamah Syariah kerana ia bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >