Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Lebih 100 banduan lari dari penjara di Sumatera

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Lebih 100 banduan lari dari penjara di Sumatera

May 11, 2019 | 04:58 PM

JAKARTA: Lebih 100 banduan berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di pulau Sumatera, Indonesia, hari ini, dan insiden terbaru itu menjejaskan lagi imej sistem penjara negara berkenaan.

Menurut polis, insiden itu membabitkan penjara di daerah Siak, Sumatera dan ia berlaku pada awal pagi, selepas berlakunya rusuhan serta kebakaran di pusat tahanan itu.

Malah, gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan menunjukkan penjara itu sedang diselubungi api yang marak.

“Pihak berkuasa sudah melancarkan misi mengesan banduan secara besar-besaran.

“Setakat ini, 115 banduan sudah berjaya ditahan semula, hari ini,” kata ketua polis wilayah Riau, Widodo Eko Prihastopo.

Beliau berkata, ketika ini, puluhan lagi tahanan dari jumlah keseluruhan hampir 650 banduan yang ditempatkan di penjara itu masih lagi bebas.- AFP 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3