Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 100 orang awam maut di Ukraine: PBB

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW/KYIV: Jumlah orang awam yang cedera terus bertambah di Ukraine sedang tentera Russia terus menyerang negara itu dari semua arah.



Namun, terdapat sinar harapan sedang Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, mengumumkan tentang rancangannya mahu bertemu dengan delegasi Russia di sempadan antara Ukraine dengan Belarus selepas bercakap dengan pemimpin Belarus, Encik Alexander Lukashenko kelmarin.



Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Michelle Bachelet, berkata semalam bahawa sekurang-kurangnya 102 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak telah dibunuh di Ukraine sejak Russia menceroboh masuk ke negara itu Khamis lalu.



Tambahnya, jumlah sebenar orang awam yang terbunuh mungkin jauh lebih tinggi.



"Kebanyakan orang awam ini terkorban akibat bahan letupan yang boleh menjejas kawasan yang besar, termasuk serangan daripada meriam dan sistem roket berbilang pelancaran serta serangan dari udara," kata Cik Bachelet kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva.



Sedang sebuah delegasi dari Kyiv tiba untuk mengadakan perbincangan dengan perunding Russia pada hari kelima Kremlin menceroboh Ukraine semalam, Ukraine meminta gencatan senjata dan agar Russia segera menarik balik askarnya.



Menerusi satu kenyataan, Encik Zelensky berkata delegasi Ukraine itu tiba di sempadan Ukraine-Belarus untuk menyertai perbincangan dengan wakil Russia.



"Isu utama dalam perbincangan ini adalah gencatan senjata dan agar Russia segera menarik balik askarnya dari Ukraine," ujarnya.



Encik Zelensky menggesa askar Russia meninggalkan senjata mereka dan mengundur diri.



"Tinggalkan peralatan anda dan keluar dari sini.



"Jangan percaya komander anda, jangan percaya pendiayah anda. Selamatkan nyawa anda," kata beliau kepada tentera Russia, dengan mendakwa bahawa lebih 4,500 askar Russia sudah terkorban sejauh ini.



Beliau juga meminta Kesatuan Eropah (EU) membenarkan Ukraine segera menjadi anggotanya di bawah di bawah prosedur khas sedang negara itu terus berusaha mempertahan dirinya daripada dicerobohi tentera Russia.



"Matlamat kami adalah untuk bersama semua warga Eropah dan lebih penting lagi, menjadi sama.



"Pastinya ini sesuatu yang adil. Saya yakin kami layak," ujar Encik Zelensky menerusi satu ucapan video yang dimuat naik ke media sosial.



Encik Zelensky sebelum ini berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Russia di wilayah Belarus, di mana beberapa askar Russia dikerah sebelum mereka menceroboh masuk ke Ukraine dari sempadan utaranya.



Namun, Encik Lukashenko memberi jaminan kepada Encik Zelensky bahawa semua pesawat, helikopter dan peluru berpandu di wilayah Belarus akan kekal di darat semasa delegasi Ukraine itu berada dalam perjalanan ke sana, semasa perundingan berlangsung dan ketika delegasi Ukraine itu berada dalam perjalanan pulang.



Moscow pada mulanya ingin mengadakan pertemuan itu di Belarus yang menyokong pihak Kremlin.



Bagaimanapun, Encik Zelensky, yang enggan pergi ke ibu kota dan bandar terbesar Belarus, Minsk, berkata Kyiv telah mengusulkan beberapa bandar lain termasuk Warsaw, Bratislava, Budapest, Istanbul dan Baku sebagai alternatif kepada Russia.



Menteri Ehwal Luar Ukraine, Encik Dmytro Kuleba, berkata Russia bersedia mengadakan pertemuan tanpa syarat selepas menghadapi rintangan terhadap tenteranya.



Tentera Ukraine berkata askar Russia telah mengurangkan serangan mereka semalam namun masih berusaha meraih kejayaan di beberapa kawasan lain.



Tentera Ukraine, yang disokong senjata Barat, telah berjaya memperlahan tentera Russia.



Tentera Ukraine juga mendakwa Russia melancarkan serangan peluru berpandu terhadap bangunan perumahan di bandar Zhytomyr dan Chernigiv.



"Namun, semua percubaan oleh penceroboh Russia ini untuk mencapai matlamat operasi tentera mereka gagal," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >