Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 1,000 terbunuh dalam gempa bumi di Afghanistan: Menteri
Lebih 1,000 terbunuh dalam gempa bumi di Afghanistan: Menteri
Lebih 1,000 terbunuh dalam gempa bumi di Afghanistan: Menteri
GARDEZ, AFGHANISTAN: Satu gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang di Afghanistan pada Rabu (22 Jun), kata menteri yang bertanggungjawab ke atas bencana negara itu. Lebih 600 orang cedera dan angka kematian mungkin meningkat sedang maklumat masuk dari perkampungan pergunungan terpencil. Gempa bumi itu melanda kira-kira 44 kilometer dari bandar Khost, dekat sempadan Pakistan, pada kedalaman 51 kilometer, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat. Ia melanda sekitar 1.30 pagi, lapor BBC. Pihak berkuasa telah melancarkan operasi menyelamat dan helikopter digunakan untuk membantu mangsa yang cedera dan menghantar bekalan perubatan dan makanan, tambahnya. Gegaran dirasai oleh sekitar 119 juta orang di Pakistan, Afghanistan dan India, kata Pusat Kaji Bumi Mediterranean Eropah (EMSC) di Twitter. - AFP/Reuters.
