Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 10,000 mangsa dipindahkan dek banjir di Kelantan

Dec 03, 2019 | 01:52 PM



KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 10,281 orang membabitkan 3,520 keluarga pagi ini (Selasa, 3 Dis).



Kesemua mereka ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Jeli dan Kuala Krai, lapor laman BH Online.



Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas terus meningkat kepada 5,852 orang daripada 2,291 keluarga di 28 PPS.



Mangsa banjir di Kuala Krai pula seramai 1,075 orang daripada 265 keluarga di 16 PPS.



Sementara itu, di Kota Bharu mencatatkan 733 mangsa daripada 209 keluarga di lima PPS dan Pasir Puteh seramai 826 mangsa daripada 219 keluarga di lapan PPS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >