Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 170 maut dalam rusuhan bola sepak Indon

Oct 02, 2022 | 03:08 PM



JAKARTA (Indonesia): Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, hari ini (2 Oktober) mengarahkan satu semakan keselamatan ke atas pertandingan bola sepak di negara itu, selepas satu rusuhan menyebabkan rempuhan di salah satu perlawanan sehingga sekitar 174 jiwa terkorban malam semalam.



Rusuhan di akhir perlawanan bola sepak Liga 1 Indonesia antara penyokong kelab Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan di Malang, juga telah mengakibatkan sekitar 200 yang lain cedera.



Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema FC tewas 3-2 dalam perlawanan di Jawa Timur itu.



Pergaduhan dipercayai bermula kira-kira 10.30 malam waktu tempatan (9.30 malam waktu Singapura) selepas peminat Arema FC dikatakan tidak berpuashati dengan keputusan itu lalu masuk ke dalam padang.



Pemain-pemain Persebaya Surabaya segera meninggalkan padang, tetapi pemain Arema FC yang masih di padang telah diserang.



Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo,  telah mengarahkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghentikan sementara Liga 1 Indonesia sehingga siasatan selesai dan tatacara baru dikeluarkan.



“Saya juga memerintahkan PSSI untuk menghentikan sementara Liga 1 sampai evaluasi dan perbaikan prosedur pengamanan dilakukan,” katanya yang ditukil DetikNews.



Menurut laporan media tempatan, polis pencegah rusuhan telah membuat kepungan dan melepaskan gas pemedih mata selepas pergaduhan tercetus.



Malangnya, gas pemedih mata itu telah menyukarkan penyokong bernafas dan dalam suasana kelam kabut menyebabkan mereka terpijak dan terhimpit sesama sendiri.



Lebih kurang 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang, kata Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Inspektor Jenderal Nico Afinta, yang dipetik media tempatan.



Beliau berkata, seramai 34 orang maut di stadium dan selebihnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital termasuk dua anggota polis.



Liga Indonesia kini digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.



Dalam pada itu, Arema FC dalam kenyataannya di Facebook telah menyampaikan duka cita mendalam atas musibah yang terjadi itu. 



“Arema FC menyampaikan duka mendalam atas musibah di Kanjuruhan. Pihak Pengurusan Arema FC turut bertanggung jawab untuk penanganan korban baik yang telah meninggal dunia dan yang luka-luka,” ungkap Ketua Urusetia Arema FC, Encik Abdul Haris. 



Tragedi rusuhan ini dipercayai mencatat kejadian kedua terburuk dalam sejarah sukan di dunia sejak rusuhan di Stadium Estadio Nacional di Lima, Peru, semasa perlawanan Peru menentang Argentina pada Mei 1964 yang menyaksikan 328 maut dan 500 orang cedera. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >