Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 150 didakwa atas rusuhan di AS Capitol

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Lebih 150 orang telah didakwa atas rusuhan yang berlaku di bangunan Capitol di ibu kota Amerika Syarikat oleh sekumpulan besar penyokong bekas Presiden Donald Trump pada 6 Januari lalu, kata Jabatan Kehakiman Amerika kelmarin.

Para penyiasat membuka siasatan ke atas lebih 400 orang yang menyertai serangan ganas ke atas badan perundangan Amerika, kata Encik Michael Sherwin, pemangku pendakwa persekutuan wilayah Washington.

Dengan menggunakan rakaman video dan rekod-rekod yang terdapat dari media sosial, serta hasil maklumat orang awam, Jabatan Kehakiman menjangka jumlah kes akan meningkat.

"Senarai kes itu semakin bertambah," kata Encik Sherwin.

Walaupun sebilangan dakwaan tersebut adalah untuk jenayah kecil seperti menceroboh masuk bangunan Capitol dan berkelakuan tidak senonoh, Encik Sherwin berkata pihak pendakwa telah menambah beberapa tuduhan jenayah ke atas sejumlah besar daripada 150 suspek itu.

Tuduhan itu termasuk serangan ke atas pegawai polis dan mengganggu prosiding federal, di mana ratusan perusuh telah menghalang penggubal undang-undang daripada mengakui keputusan pilihan raya yang dimenangi Presiden Joe Biden.

Tuduhan-tuduhan sedemikian membawa hukuman penjara lima sehingga 20 tahun.

Pihak berkuasa masih menyiasat beberapa peserta rusuhan itu atas tuduhan konspirasi dan hasutan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Setakat ini, tiga orang telah didakwa atas tuduhan tersebut, kata Encik Sherwin.

Menurut Encik Sherwin, kes itu luar biasa, di mana ia menunjukkan kumpulan militia telah terlibat secara aktif dalam rancangan merusuh bangunan Capitol.

Encik Steven D'Antuono, seorang pegawai Biro Siasatan Federal (FBI) yang mengetuai penyiasatan tersebut, berkata pihaknya sedang mencari individu atau kumpulan yang meletakkan dua bom paip - yang tidak meletup - berdekatan bangunan Capitol pada hari itu.

Pihak FBI menawarkan ganjaran sebanyak AS$75,000 ($99,346) untuk kes itu.

Encik D'Antuono berkata serangan ke atas badan perundangan Amerika pada 6 Januari lalu adalah di antara kes terbesar yang pernah dikendalikan agensi itu, dan telah menerima lebih 200,000 maklumat dalaman daripada orang awam.

"Kes ini mencabar, kompleks dan ia merupakan satu kes yang besar," jelasnya.

Pihak pegawai telah bersuara sedang Dewan Senat Amerika membuat persiapan untuk mendakwa Encik Trump, yang meletak jawatan sebagai presiden pada 20 Januari lalu, kerana menghasut dan menyokong pengganasan yang berlaku itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >