Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 165,000 rentas imigresen darat SG-MY setiap hari sejak sempadan dibuka semula

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Secara purata, lebih daripada 165,000 orang sudah merentasi pusat pemeriksaan darat antara Singapura dengan Malaysia setiap hari sejak sempadan dibuka semula pada April.



Ini dinyatakan Menteri Besar Johor, Encik Onn Hafiz Ghazi, semalam ketika berada di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam, dalam menjawab soalan oleh wakil Stulang, Encik Andrew Chen, yang meminta statistik mengenai pergerakan keseluruhan di lintasan sempadan di kedua-dua Kompleks Imigresen Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Linkedua sejak 1 April.



Encik Onn Hafiz berkata: "Kedua-dua koswe dan Linkedua semakin rancak sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April.



" Ia sudah membawa kesan yang positif untuk keluarga yang sudah lama terpisah dan meningkatkan lagi keadaan sosio-ekonomi negeri, terutamanya di Johor Bahru."



"Purata statistik pelawat yang terdiri daripada warga Malaysia dan warga asing di Kompleks Imigresen BSI adalah sekitar 138,000 setiap hari. Manakala di Kompleks Imigresen KSAB, 28,000 pelawat keluar dan masuk setiap hari."



Ini bermakna sekitar 166,000 pelawat secara purata masuk dan keluar Johor dari Singapura setiap hari.



Beliau menambah bahawa pada tempoh yang sama, sekitar 2.7 juta rakyat Malaysia dan 704,000 pelawat asing merentasi KSAB di Linkedua.



Encik Onn Hafiz berkata bahawa terdapat "kenaikan mendadak" dalam jumlah pelawat sejak 1 April.



"Lantas, kami sudah berbincang dengan semua agensi untuk memastikan usaha serta komitmen yang lebih fokus bagi menjamin imej dan reputasi kerajaan negeri dan persekutuan," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >