Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 192 juta warga Indonesia layak undi

Apr 17, 2019 | 12:22 PM
PILIHAN RAYA INDONESIA: Jokowi membuang undi di sebuah pusat mengundi di Jakarta pada 17 April 2019.
PILIHAN RAYA INDONESIA: Jokowi membuang undi di sebuah pusat mengundi di Jakarta pada 17 April 2019. - Foto ARIFFIN JAMAR

JAKARTA: Pilihan raya presiden dan perundangan Indonesia kini sedang berlangsung di lebih 800,000 pusat mengundi di serata negara itu hari ini (17 April).

Orang ramai boleh mengundi antara 7 pagi waktu tempatan (8 pagi waktu Singapura) dengan 1 petang.

Lebih 192 juta warga Indonesia layak mengundi bagi presiden dan wakil tempatan mereka, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) mengharapkan jumlah pengundi yang tinggi.

Presiden Joko Widodo atau Jokowi, 57 tahun, yang sedang bersaing mempertahankan jawatannya buat penggal kedua bergandingan dengan ulama terkenal Dr Ma'ruf Amin sebagai pasangannya.

Mereka bersaing dengan Encik Prabowo Subianto, 67 tahun, serta gandingannya, Encik Sandiaga Uno, 49 tahun.

Ini merupakan kali pertama Indonesia mengadakan pilihan raya presiden dan perundangan secara serentak.

Sekitar enam juta pegawai pilihan raya serta hampir sejuta pegawai tentera dan polis turut terlibat memastikan pilihan raya itu berlangsung dengan lancar dan aman.

Undi akan dikira di pusat mengundi selepas tamat tempoh mengundi tetapi keputusan rasmi hanya akan diumumkan sekitar seminggu kemudian.

Keputusan tidak rasmi bagaimanapun akan diumumkan beberapa jam selepas tempoh mengundi tamat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg