Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 20 juta dijangkiti, 739,000 maut sedunia
Penyakit semakin cepat jangkiti orang lain, 25 daripada 150 calon vaksin sedang dalam peringkat ujian klinikal manusia
1 of 2
Aug 12, 2020 | 5:30 AM
Lebih 20 juta dijangkiti, 739,000 maut sedunia
BILANGAN kes koronavirus Covid-19 di serata dunia melepasi 20 juta kelmarin, menurut perkiraan agensi berita Reuters, dengan Amerika Syarikat, Brazil dan India membentuk lebih daripada separuh jumlah jangkitan yang disahkan.
Penyakit pernafasan itu telah menjangkiti sekurang-kurangnya 20,259,579 orang hingga semalam, menurut laman worldometer. Jumlah itu empat kali ganda jumlah purata orang yang diserang penyakit influenza teruk setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).