Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 210,000 data kementerian pendidikan Filipina bocor

Feb 21, 2024 | 02:10 PM



MANILA: Seorang penyelidik keselamatan siber telah menemui kelemahan yang mendedahkan lebih 210,000 rekod kementerian pendidikan Filipina kepada kemungkinan penggodaman dan penipuan dalam talian.


Encik Jeremiah Fowler, seorang penyelidik di firma keselamatan siber vpnMentor, berkata dalam satu laporan pada 20 Februari, berkata beliau telah menemui kelemahan sistem yang memberi akses kepada platform dalam talian yang digunakan pelajar sekolah menengah atas yang memohon baucar pemerintah untuk menampung kos tuisyen.

Pangkalan data yang disimpan termasuk pemfailan cukai kira-kira 154 gigabait (GB), borang pemberian izin, pensijilan pemerintah dan sijil pekerjaan dan kematian.

Beliau berkata rekod cukai amat terdedah kerana ini mempunyai nama penuh mereka yang memfailkannya, alamat rumah, nombor telefon, nama majikan mereka dan nombor pengenalan cukai.

Sementara itu, borang permohonan dalam talian mengandungi nama penuh pemohon, tanggal lahir, jantina, alamat dan maklumat hubungan, serta sumber pendapatan ibu bapa mereka dan hartanah yang dimiliki.

“Pendedahan… dokumen (ini) adalah satu risiko kehilangan keselamatan yang serius, kerana ia disimpan tanpa perlindungan kata laluan dan, oleh itu, tersedia kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan Internet,” jelas Encik Fowler.

Data itu boleh digunakan dalam percubaan pancingan data dan kecurian identiti, tambahnya.

Suruhanjaya Privasi Kebangsaan Filipina memberitahu The Straits Times bahawa ia telah dimaklumkan oleh Encik Fowler tentang pelanggaran itu pada Januari 2024, dan “kelemahan telah diperbaiki”.


Tetapi Encik Fowler berkata tidak jelas berapa lama rekod itu didedahkan atau jika orang lain boleh mendapat akses kepada pangkalan data tersebut.

“Hanya audit forensik dalaman akan dapat mengenal pasti akses tanpa kebenaran atau risiko aktiviti berniat jahat,” katanya.

Ini adalah kali kedua pangkalan data kementerian pendidikan dilaporkan telah dikompromi pada 2024.

Pada 14 Februari, Deep Web Konek – komuniti penyokong keselamatan siber – melaporkan di Facebook bahawa ia telah menemui pelanggaran data yang melibatkan 750GB nilai perbankan dan rekod peribadi pelajar dan guru, di bawah pejabat wilayah kementerian pendidikan di selatan ibu negara Manila.

Pada awal Februari, penggodam yang beroperasi di China, cuba menceroboh laman web dan sistem e-mel Presiden Ferdinand Marcos Jr dan beberapa agensi pemerintah, termasuk satu yang mempromosikan keselamatan maritim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >