Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 270 orang meninggal dunia akibat kerja terlalu teruk semasa pilihan raya Indonesia

Apr 28, 2019 | 3:18 PM
PILIHAN RAYA INDONESIA: Seorang pekerja pilihan raya menyiapkan kotak undi di Tanah Abang untuk digunakan bagi pilihan raya presiden dan pilihan raya umum yang berlangsung pada 17 April lalu.
PILIHAN RAYA INDONESIA: Seorang pekerja pilihan raya menyiapkan kotak undi di Tanah Abang untuk digunakan bagi pilihan raya presiden dan pilihan raya umum yang berlangsung pada 17 April lalu. - Foto ARIFFIN JAMAR

JAKARTA: Sekitar 10 hari selepas Indonesia mengadakan pilihan raya terbesar di dunia dalam masa sehari, lebih 270 pekerja pilihan raya telah meninggal dunia.

Menurut seorang pegawai pemerintah hari ini (28 April), kebanyakannya meninggal dunia akibat penyakit berkaitan keletihan disebabkan mengira jutaan kertas undi satu persatu dalam tempoh yang panjang.

Diadakan pada 17 April, ini merupakan kali pertama Indonesia yang mempunyai 260 juta penduduk mengadakan pilihan raya presiden dan pilihan raya umum pada hari yang sama.

Langkah itu bertujuan mengurangkan kos.

Sekitar 80 peratus daripada kira-kira 193 juta rakyat Indonesia yang layak mengundi dianggarkan telah mengundi di lebih 800,000 pusat mengundi.

Namun, ini juga melibatkan operasi besar-besaran bagi pegawai pemerintah dan pihak berkuasa tempatan.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Encik Arief Priyo Susanto, berkata 272 pegawai pilihan raya telah meninggal dunia, kebanyakannya akibat penyakit berkaitan bekerja terlalu teruk.

Sementara itu, lagi 1,878 pekerja pula jatuh sakit.

Menurut Encik Susanto, Kementerian Kesihatan di negara itu telah menggesa pusat penjagaan kesihatan memberi jagaan terbaik kepada pekerja pilihan raya yang sakit itu manakala Kementerian Kewangan pula sedang berusaha memberi pampasan kepada keluarga pekerja yang meninggal dunia. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg