Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 30 maut dalam banjir, tanah runtuh di Brazil

Feb 21, 2023 | 5:30 AM
BANJIR LUMPUR: Bandar Sao Sebastiao yang terletak di kawasan pantai utara di Sao Pauo mengalami kerosakan besar ekoran hujan lebat yang melanda. - Foto AFP
BANJIR LUMPUR: Bandar Sao Sebastiao yang terletak di kawasan pantai utara di Sao Pauo mengalami kerosakan besar ekoran hujan lebat yang melanda. - Foto AFP -

SAO PAULO: Hujan lebat di kawasan pesisiran tenggara Brazil, telah mengakibatkan banjir dan kejadian tanah runtuh, meragut nyawa 36 orang dan ratusan yang lain kehilangan tempat kediaman, menurut satu kenyataan dari penguasa wilayah Sao Paulo, Ahad lalu.

Para pekerja penyelamat terus menjalankan operasi mencari mangsa, cuba menghubungkan semula para penduduk yang telah terpisah, membersihkan jalan-jalan yang sebahagiannya masih tersekat.

Sebilangan pelancong yang berkunjung untuk menghadiri Karnival Brazil, turut terkandas.

Ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat akan berterusan di kawasan-kawasan pesisiran pantai Sao Paulo, mencabar pasukan penyelamat pertahanan awam dan bomba untuk menjalankan operasi.

Keadaan ini boleh mengakibatkan lebih banyak kematian.

Pemerintah persekutuan memastikan kerahan pelbagai kemudahan dari beberapa kementerian untuk membantu mangsa, memulihkan infrastruktur yang rosak dan memulakan kerja-kerja pembinaan semula.

Wilayah Sao Paulo mengisytiharkan keadaan bencana selama 180 hari, bagi enam bandar, selepas apa yang disifatkan oleh para pakar keadaan cuaca yang luar biasa buruknya.

Pada Isnin, Gabenor Sao Paulo , Encik Tarcisio de Freitas , mengadakan pertemuan dengan para pegawai sedang mereka menyelaraskan kerja-kerja menangani tragedi itu, menurut satu kenyataan di sini.

Operasi di pelabuhan Santos, yang terbesar di Amerika Latin, tergendala kerana angin kencang melebihi 55 kilometer sejam, dan ombak setinggi lebih satu meter pada Sabtu lalu, menurut laporan berita tempatan.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, yang sedang menghadiri pesta di wilayah Bahia, di timur laut Brazil, dijadualkan melawat kawasan-kawasan yang terus terjejas pada Isnin, menurut pegawai di pejabatnya.

Cuaca buruk akibat perubahan iklim mengakibatkan banyak kerosakan di Brazil.

Hujan lebat pada 2022 di bandar Petropolis, mengakibatkan kematian lebih 230 orang. - Reuters, AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg