Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 3,000 orang disengat obor-obor di pantai Australia

Jan 08, 2019 | 01:37 PM



SYDNEY: Obor-obor berbisa menyengat lebih 3,000 orang di pantai timur laut Australia dalam tempoh beberapa hari, kata pihak berkuasa semalam, memaksa beberapa pantai utama ditutup.



Kehadiran secara besar-besaran obor-obor Portugis, yang mana sengatannya amat berbisa, disifatkan sebagai satu ‘pencerobohan’ oleh media tempatan di Queensland.



Persatuan pengawal pantai Surf Life Saving berkata, sejumlah besar 3,595 orang mengalami lecur menyakitkan selepas bertembung dengan makhluk itu, juga dikenali sebagai ‘bluebottle’ atau ampai-ampai kerana rupa fizikal telus kebiru-biruan.



Sekurang-kurangnya empat pantai utama ditutup ketika persatuan memberi amaran, lebih banyak obor-obor akan menceroboh.



“Tembok obor-obor sedang mendekati pantai #Rainbow. Penyelamat menutup pantai. Tolong jauhi air,” tulis satu daripada beberapa amaran daripada Surf Life Saving.



Sengatan ampai-ampai kerap berlaku dan bukan luar biasa mendengar jeritan kesakitan dalam bilik persalinan di sepanjang pantai timur Australia ketika musim panas hemisfera selatan.



Namun jumlah besar yang disengat sejak beberapa hari lalu mengejutkan pihak berkuasa.



Biasanya kira-kira 10,000 kes sengatan obor-obor setiap tahun dilaporkan di pantai timur Australia, menurut Pengamal Perubatan Umum Kolej Diraja Australia.



Kumpulan doktor menggambarkan gejala sengatan sebagai ‘rasa tajam pantas dan tindak balas keradangan akut kulit.’



“Kesakitan bisa pada kulit boleh berlangsung selama beberapa minit hingga jam. Sengatan juga boleh menyebabkan tanda sistemik seperti mual, muntah dan tidak selesa,” katanya dengan rawatan termasuk membasuh luka dengan air pada suhu 45 darjah Celsius atau menggunakan pek ais. -AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >