DUNIA kini menghadapi 3,274,010 kes jangkitan koronavirus yang aktif, atau 53.4 peratus dari keseluruhan 6,131,093 kes yang direkodkan setakat ini.
Dapatan yang didedahkan oleh agensi berita Reuters itu juga menunjukkan, sekurang-kurangnya 370,069 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Jumlah korban itu membentuk 6 peratus dari jumlah kes keseluruhan.
Jangkitan koronavirus mula dikesan di Wuhan, China, pada awal Disember lalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkannya sebagai pandemik pada 11 Mac lalu.
Seramai 2,487,014 atau 40.6 peratus orang telah sembuh sepenuhnya dari Covid-19.
Meskipun kes jangkitan mula dilaporkan buat pertama kali di China, ia telah menular ke 220 negara dan wilayah di seluruh dunia. - Reuters


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg