Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 40 maut akibat dua letupan bom di Lebanon
Nov 14, 2015 | 5:30 AM
Lebih 40 maut akibat dua letupan bom di Lebanon
BEIRUT: Dua letupan yang didakwa didalangi militan Negara Islam (IS) menyebabkan 43 orang terbunuh di sebuah kawasan beli-belah terkemuka di bandar raya ini, kubu kuat puak Syiah, Hezbollah, lewat kelmarin.
Menteri Kesihatan Lebanon, Encik Wael Abou Faour, berkata lebih 200 orang cedera dan sebahagian besar mereka parah.