Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 400 kucing ditemui dalam kes pemeliharaan haiwan berlebihan setakat ini pada 2023

Jun 17, 2023 | 04:24 PM



Lebih ramai orang memelihara jumlah besar kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah mereka, dalam bentuk pemeliharaan haiwan berlebihan, dengan seorang penduduk didapati mempunyai lebih 100 kucing di flat HDBnya.

Seorang penyelamat berpengalaman yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Wati berkata beliau dan empat lagi penyelamat telah mengendalikan 13 kes pemeliharaan berlebihan melibatkan sejumlah 438 kucing setakat ini pada 2023.

Semua isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya 20 haiwan setiap satu.

Sepanjang 2022, beliau merekodkan 13 kes melibatkan sekurang-kurangnya 369 kucing.

Untuk mengelakkan haiwan daripada menghadapi masalah kesihatan dan membiak dengan banyak, anggota penyelamat biasanya cuba memastikan kucing disterilkan, menasihati pemilik tentang kebajikan dan tanggungjawab terhadap haiwan, dan membantu membersihkan dan menempatkan semula kucing dalam beberapa kes.

Namun, haiwan peliharaan tidak selalu diabaikan dalam kes pemeliharaan berlebihan, termasuk satu flat di Woodlands dengan lebih 100 kucing. Cik Wati, 50 tahun, seorang perunding pendidikan, menyatakan kucing-kucing di flat itu agak sihat, walaupun ada yang mempunyai hama bulu dan telinga.

Pada Mac lalu, kira-kira 20 ekor kucing didapati kekurangan zat makanan di sebuah unit sewa di Sembawang. Penyewa unit itu dipercayai telah meninggalkan flat itu, dan haiwan di dalamnya, sekurang-kurangnya seminggu.

“Ada anak kucing berumur sekitar tiga bulan dan mereka mengalami dehidrasi teruk dan kotor. Lebih lama lagi (ditinggalkan) dan mereka akan mati kerana kelaparan,” kata Cik Wati sambil menambah bahawa kucing-kucing itu telah dibawa keluar oleh Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).

Pada 6 Jun lalu, rangka tiga kucing ditemui di sebuah flat sewa di Jalan Minyak bersama dua kucing dalam keadaan kurus kering. Cik Wati, yang turut terlibat dalam kes itu, berkata ia adalah kes paling teruk dalam tempoh 10 tahun.

Seorang lagi penyelamat, Cik Tiffany Heng, 40 tahun, membantu menyelamatkan kira-kira 40 kucing daripada sebuah flat sewa di Pipit Road pada Mac.

Kes itu terdedah selepas unit itu terbakar dan pemiliknya mengosongkan unit itu, tetapi dikatakan meninggalkan kucing di sana tanpa makanan dan air.

“Apabila kami menghantar kucing yang diselamatkan ke doktor haiwan, mereka berada dalam keadaan lemah – kurus kering dan mengalami jangkitan parasit,” kata Cik Heng, yang bekerja di sektor awam, sambil menambah bahawa salah satu kucing itu telah mati.

Cik Jessica Kwok, pengarah kumpulan AVS, berkata agensi itu telah menemui banyak kes di mana beberapa kucing ditemui dalam satu rumah.

Selalunya, pemilik mungkin bermula dengan hanya beberapa kucing – membeli atau mengambilnya, atau menyelamatkannya dari jalanan. Tetapi haiwan yang tidak disterilkan membiak dengan cepat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >